# Sembunyi Sendu
10.42 am
22/4/2016
Ya Allah tidakku terdaya lagi
Menahan dugaan yang mencabar ini
Terasa bagai noktah telah kutemui
Mengakhiri segala yang telah aku mulai
Ya Allah engkau lindungilah aku
Bekalkanlah daku dengan limpahan iman
Agar tabahku menghadapi dugaan
Agar tidakku berhenti di pertengahan
Kini di sini aku berdiri
Bersama harapan yang tulus suci
Agar terbitlah kembali menteri pagi
Setelah malamku berkalut benci
-DeHearty: Pasrah Segala
***********************************************
Tenang & redup cuaca pagi Jumaat penuh syahdu. Termotivasi untuk melangkah ke tempat kerja. Sedia berkhidmat & menyiapkan tugasan yang dibekalkan. Tidak seperti beberapa hari lalu. Bagai memaksa & terpaksa. Lantas lain tugasan yang diberi, lain pula yang dibuat & disiapkan. Alahai, tak patut.. tak patut..
Kini masa pantas berlalu dari hari ke hari. Menelan usia yang semakin singkat. Kerna peluang hidup & zaman muda hanya sekali, kerna itu itulah banyak benda diteroka serta perlu dihargai. Sentiasa memperbaiki diri adalah cara terbaik yang ampuh untuk memperbaiki orang lain. Namun sebuah berita yang diterima lewat aplikasi whatsapp & facebook sebentar tadi menyentakkan emosi seketika.
****************************
[AMC News: AL-FATIHAH BUAT ALLAHYARHAM]
Salam Jumaat..

"Di malam 14 rejab, Jumaat abah pergi menemui Illahi.. Semoga Allah menempatkan arwah abah dalam kalangan nabi-nabi dan orang soleh.."
Amin..
Assalammmualaikum~
Pada malam ini sy dikejutkan dengan satu perkhabaran yang begitu mengejutkan. Seorang sahabat saya dan merupakan timbalan saya saudari Nur Nabilah Ab Azais telah menerima satu tamparan ujian yang begitu hebat. Ayah yang disyangi oleh beliau telah diambil oleh sang pencipta.
Sebelum ini beliau memaklumkn kepada kami beliau terpaksa pulang mengejut ke kelantan disebabkn ayah beliau sedang tenat ketika itu.
Namun, tidak lama selepas itu kami mendapat perkhabaran ayah beliau sudah menghembuskan nafas nya yang terakhir.
Saya bersama pimpinan AMC sidang 15/16 mengucapkn jutaan takziah terhadap seluruh ahli keluarga beliau. Semoga beliau dan ahli keluarga diberikan kekuatan dan kesabaran di dalam menghadapi ujian ini.
Allah s.w.t berfirman :
كل نفس ذائقة الموت
Setiap yang bernyawa pasti akan mati.
لا يكلف الله نفسا إلا وسعها
Allah tidak membebani seseorang sesuai dengan kemampuannya..
Akhir kalam,marilah kita bersama sama mensedekahkan al-fatihah.
Semoga allah mencucuri rahmat dan menempatkan arwah dikalangan orang yang beriman.
إن لله وإنا إليه راجعون
MUHAMMAD ALIF BIN JAMALI
PRESIDEN AMC 15/16
***********************************************
Sentiasa ceria bukan beerti tiada duka. Mustahil bukan.. Namun, sembunyi sendu itu kadang jalan terbaik untuk terus melangkah & melangkah. Di sebalik kekuatan yang dipamerkan ada batu yang terpikul di pundak. Segenggam tabah dipasak teguh ke dasar jiwa. Realitinya hanya dirasai oleh mereka yang menempuhnya. Itu yang kubelajar dari kamu jua.
Satu keluarga, satu rasa, pelbagai kerenahnya.
Comments