# Aku Seorang Rakyat (Versi Daftar Pemilih)
Amboi bukan main tajuk. Dah macam tajuk karangan semasa di sekolah dulu-dulu.
Aku sebatang pen.
Aku sepasang kasut
Aku sebuah kereta
Aku....
Rolling>>>>
☃ Saya sudah berumur lebih 21 Tahun dan berasa sudah membuat pendaftaran untuk DAFTAR PEMILIH, Tetapi saya tidak pasti samada NAMA SAYA telah didaftarkan atau tidak.
🐣 Bagaimana Saya Hendak Membuat Semakan?
http://daftarj.spr.gov.my/DAFTARJ/DaftarjBM.aspx
📡 Link DI ATAS adalah untuk MEMUDAHKAN ANDA membuat SEMAKAN DAFTAR PEMILIH Bagi Laman Web SPR
Kaedahnya semudah 1, 2, 3:
1) Klik link di atas
2) Masukkan No. K/P
3) Klik Semak
💎 Sekiranya Nama, No. K/P, Alamat, UPU, dan Lokaliti anda dipaparkan, ia menunjukkan ANDA telah BERJAYA didaftarkan sebagai PEMILIH
💎 Result NOT FOUND akan dipaparkan JIKA anda GAGAL DIDAFTARKAN sebagai PEMILIH.
📝 PERINGATAN
Setiap Daripada Kita Wajib Untuk Membuat SEMAKAN DAFTAR PEMILIH Untuk Diri Sendiri Terutamanya dan Kalau Boleh, Luangkanlah Sedikit Masa Untuk Membuat Semakan Bagi Pihak Keluarga, Kawan-kawan dan Sesiapa Sahaja.
Sekiranya anda masih belum mendaftar.
Sila kunjungi tempat-tempat berikut untuk PENDAFTARAN sebagai PEMILIH:
1) Kaunter Pejabat SPR atau Kaunter Bergerak SPR
2) Pejabat POS Malaysia
📤Viralkan Kepada Kenalan📥
*************************************************
Kerna kita seorang rakyat marhaen,
Di kelilingi 1001 cobaan,
Sendu, rayu & kadang tangisan,
Tersembunyi duka di sebalik senyuman,
Reda dalam kepahitan.
Kini di tanganmu tersedia pilihan,
Mana satu jadi harapan,
Masa hadapan tiada perubahan,
Jika bukan kita yang memulakan,
Buktikan rasa dengan tindakan.
“Jika generasi hari ini adalah kekuatan bagi anda maka generasi esok adalah tanaman.”
Comments