# Kerna Rentak & Irama

http://developer.android.com/sdk/index.html
Menari jemari di papan kekunci. Laptop sudah diibaratkan sebagai 'kawan rapat' sepanjang beberapa tahun kebelakangan ini. Pantang saja ada masa terluang pantas makhluk bersegi empat sama itu akan dicapai. Melangsaikan beberapa tugasan yang berkaitan & menyelit hobi menulis serta menonton seketika. 

     Butang berwarna hijau di desktop diklik lantas muncul paparan perisian Android Studio. Banyakku belajar dari perisian yang digunakan sebagai platform untuk membangunkan aplikasi telefon pintar berasaskan sistem operasi Android ini. Sementara menunggu proses update versi Android Studio dari 1.5 ke versi 2.0, kusinggah sebentar ke beberapa laman web & blog. Mencari ilham, pengisian & halwa telinga untuk dipasang ketika membuat kerja sebentar nanti. 

     Menatap tugasan di komputer boleh diibaratkan seorang itu seperti masuk ke dalam guanya sendiri. Tumpuan yang ditumpahkan sepenuhnya ke skrin mudah terganggu jika di'kacau' oleh suasana & insan sekitar. Tugasan sebagai seorang pembangun aplikasi/sistem, designer, video editor, penulis, pereka grafik & apa-apa yang sewaktu dengannya memerlukan fokus yang tinggi agar setiap yang dihasilkan mampu memuaskan hati. Apa yang penting kualiti. 

Cool!

**************************************************** 

Terasa berpinar mata apabila menghadap lama paparan di skrin. Tepu otak dek menyelesaikan permasalah pembangunan aplikasi yang belum siap-siap. Jenuh diperah idea untuk mencari coding yang bersesuaian untuk dimasukkan ke dalam aplikasi. Lain yang di cari lain pula yang terlintas di benak. Tangan menaip sesuatu di ruangan search Google. Mencari musik @ lagu yang dapat dijadikan selingan ketika menyiapkan kerja. Kajian mendapati musik & lagu dapat mengurangkan sedikit tekanan serta memberi inspirasi. Asalkan yang bersesuaian & tidak berlebihan. Malah agama sendiri membenarkan hiburan selagi ia mampu mendidik jiwa.

"Ceh, macam tagline IKIM.fm je", telah hati kecil sambil tersengih.

    Sungguh hiburan bukan matlamat utama, ia ibarat terapi kecil untuk memenuhi kehendak psikologi fitrah insan. Terapi muzik berkesan untuk meningkatkan atau menyediakan suasana yang lebih tenang kepada pendengarnya. Malah beberapa musik instrumental dihasilkan oleh peminat musik untuk digunakan mengikut kesesuaian seperti ketika belajar, bekerja, perubatan, bersenam, menghasilkan karya, membuat editting serta sumber inspirasi serta motivasi yang lain. 

    Namun begitu,  perlu diketahui bahawa setiap individu mempunyai cara tersendiri dalam menangani tekanan yang dialami. Malah penggunaan musik juga mempunyai ciri-ciri rentak & irama yang tersendiri dalam menyelesaikan permasalah berkaitan tekanan. Paling terkesan sekali adalah kembalikan diri kepada rasa bertuhan. Bahkan membaca quran & berzikir sebenarnya merupakan rentak & irama yang sangat indah serta puitis sekali. 

Rentak kehidupan ada pasang surutnya,
Menggapai impian tiada yang percuma,
Irama hati berdetak seketika,
Betapa rahmatNYA sering terdepa,
Mendakap sang hamba penuh dosa,
Di dalam sangkar dunia nan sementara.


Comments

Popular Posts