# ‘Storytelling’ Untuk Hati

‘Something’.. ‘Someone’..
Can break down a woman temporarily,
But real woman will always pick up the pieces,
Rebuild herself & come back stronger than ever.

Amin.

Assalamualaikum…
(buat macam nampak tengah sedekah senyuman).

Miss me?

Atau ‘bebelan’ku dalam penulisan?

Aku?

Aku rindu… rindu laman inilah. Takkan rindu kamu pula. (Sengih ‘jahat’).

Oh My Allah. Alhamdulillah untuk segalanya.

Nah! Hadiah new story. Boleh hayati sambil dengar lagu ‘Tergantung Sepi’ Haqiem Rusli atau ‘Hidayahmu’ Shila Hamzah.

- - - - - - - - - - - - - - - - - - - -
‘Storytelling’ Untuk Hati
- - - - - - - - - - - - - - - - - - - -

“Internet.. tolonglah jangan buat hal,”

            “Ahh.. memang menyusahkan,”

A ku pandang kalendar di hujung katil. It’s April. Mindaku diasak banyak perkara saat ini. Sama banyak dengan tugas yang melambai-lambai untuk diselesaikan. Tapi semua tak kena kini. Aku hentak kasar meja kerja. Merengus. Jatuh berderai frame gambarnya ketika anugerah Konvokesyen beberapa tahun lalu. Gasaklah. Mineral diteguk rakus. Lupa sudah basmalah. Botol dicampak deras ke tong sampah mini di sisi.

Terketap-ketap gigi. Ada punching bag tak nak tumbuk? Melepaskan geram. Kerusi roda yang diduduki di pusing ke kiri ke kanan. Sel-sel neuron didera bekerja lebih dari biasa. Terhimpit dengan keadaan. Otakku terasa sendat. Eh..eh.. sejak bila pula tahu ruang kerja otak. Kau pernah masuk ke? Huh.. soalan ‘loyar’. Salah masa hendak bergurau. Red blood cell menggelegak tidak sabar.

Mata ini tambah buat hal. Tidak mahu bagi kerjasama. Sering mudah terlena tiba-tiba. Jadi berat tulang semacam. Aku kuatkan otot wajah untuk tersenyum. Tapi air mukaku masih kelat. Suram. Layu. Macam dedaun hijau tersekat proses fotosintesis. Hilang serinya. Ketawa, tapi bukan dari dari hati. 

           Hambar.

Jiwaku resah seminggu dua ini. Terasa jauh dari sesuatu. Sunyi seakan kehilangan. Entah apa yang mengacau. Mungkin ‘perasuk’ dah hantar pasukan yang pangkat lagi tinggi untuk melekakanku. General Syaitan. Sebelum ini jentera biasa-biasa agaknya. Semakin aku ingin terbang tinggi menggapai cita, semakin kuat pula godaan menarik aku jatuh. Hampir tersungkur merunduk meraung.

Lelah. Tertekan. Sukar diluahkan.

Siapa bisa merasakan?

Iman senipis lapisan kulit tercalar lagi. Luka membarah. Jiwaku meronta minta dilepaskan dari kesukaran ini. Ahh.. Dasar manusia! Dicuit ujian sikit mengamuk. Jap.. jap.. Masa dikelilingi wang, permata, pangkat, makanan mewah, masa lapang, glamour & kesenangan ada kau sujud syukur banyak-banyak? Ada kau ucap Alhamdulillah? Ada kau berkongsi dengan yang lain?

Ada?! Kalau ada baguslah. Kalau tidak… memang padan.

“Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: 
'Kami telah beriman', sedang mereka tidak diuji lagi?..” 
(Al-Ankabut: 2)

Aku akur hakikat itu. Kepala disembamkan ke bantal. Ruangan kerja sudah ditinggalkan. Apa guna ada di sana tapi satu pun tidak berjaya disiapkan. Buntu. Padahal kuasa kalah menang perlawanan jiwa ini ada pada aku. Lagi pula mungkin ini hint yang aku sebenarnya leka dariNYA. Lupa dia Maha Memerhati. Lupa dia Maha Setia. Sang Pencinta yang sering menunggu aku di sepertiga malam. Jua dalam memanggil aku di lima waktu. 

           Tapi apa aku buat masa itu?

Aku yang sering menangguhkan. Adakala aku tinggalkan. Owwwh.... Sesuka hati. Banyak cantik punya hamba! Ingat tujuh petala langit yang membumbung itu aku punya ke nak tunjuk degil. Tujuh lapis bumi yang aku pijak ini pun milik Dia. Terjerat dengan amalan sendiri yang tidak cukup makan. Fizikal penat, rohani tenat.

Argh…. Sakitnya tuh di sini.

Genggaman tangan aku bawa ke dada. Teresak. Tersentap. Bahu terhinjut. Habis basah kuyup selimut yang dipeluk. Suara aku tahan agar tidak mengganggu penghuni bilik yang lain. Tapi sendu masih bermaharajalela. Lama dah agaknya tidak menangis. Heartlesslah konon. Sekali roboh tembok ego, melimpah banjir.

Menjalar rasa sesal. Melilit setangkai hati yang entah bagaimana warnanya kini. Mungkin kelabu asap. Mungkin makin gelap. Mungkin mungkin… Aku yang tidak pandai jaga. Apa yang pasti ia tergantung sepi. Menghukum diri. 


Andai Rasulullah yang ku katakan rindu ingin bertemunya berada di hadapan, alasan apa yang aku ingin khabarkan?

Tak sengaja?

Lupa?

Nanti dulu?

Bisu. Iya.

Aku pasti akan bisu dengan seribu satu alasan palsu yang dahulu sering menjadi ungkapan. Bukan Tuhan tidak bagi dia apa-apa.

Kewangan? Aku lebih dari cukup. Nak kena pandai urus saja pluss selesaikan hutang masa belajar dulu. Pandai-pandai pinjam. Erk..

Keluarga? Aku berasal dari keluarga penuh kasih tanpa masalah cerai-berai atau pergaduhan besar. Sekali-sekala tertikam lidah itu asam garam penambah perisa.

Kerjaya? Apa yang aku buat kini semua yang diminati penuh kerelaan. Halal lagi. Luar sana ada ramai masih tercari-cari. Ada masih menanam anggur. Ada terpaksa walaupun tidak suka.

Kenalan? Mana sahaja pergi pasti ada sahabat setia menanti dan menghulur bantuan. Manis perhubungan walau ada jauh beribu batu.

Kalau tiada apa-apa pun, aku masih punya nadi yang berdenyut + jantung yang mengepam + ginjal yang beroperasi + semangat yang tidak kenal erti mengalah + mata yang mengerdip + ……… = nyawa untuk terus teruskan kehidupan.

Lalu, nikmat mana satukah aku dustakan?

Lalu, sebab apa lagikah aku tidak mahu bangkit setelah jatuh?

Be yourself,
There is something that you can do better than others,
Listen to the inward voice,
& bravely obey that!

Air mataku menitis lagi. Bukan lagi kerana duka. Tapi merelakan sebuah kekuatan baru yang menyerap ke seluruh jasadku. Siapa kata menangis tanda lemah aja? Kau ek? Ok acah sikit. Huhu..

Taufik hidayah mula mengetuk pintu hati. Tetamu datanglah. Nak buka ke halau? Eh dia ini.. Sekeh juga karang. Tak cukup lagi ke aku buat storytelling nih? Nak suruh ‘membebel’ panjang lagi ya? 

Tahan ke?

Perjalanan ini sungguh jauh…

Selamat lahir diri yang ‘baru’.


- - - - - - - - - - - - - - - - - - - -

-Tamat menulis-

Huaaa.. dah pukul 12 lebih rupanya. Aku tak boleh lama-lama di sini. Khusyuk sangat menghadap skrin. Bukan Skrin Anugerah Juara Lagu. Skrin laptop. Menaip idea sementara cair. Simpan beku pula. Astaghfirullah… Nak lena untuk ‘perang’ dengan amanah siang esok pula. Bismikallah (doa sebelum tidur).

Jumpa lagi.

Cool Writer,
Tinta Fatayat

Comments

Popular Posts