# Magic Dunia Buku

Esok bermula Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur. Baucer buku yang dikirim kan oleh sahabat sekampus masih belum terusik. Terperuk elok di dalam beg. Nampaknya PBAKL lah jadi 'mangsa' terjahan kali ini. Bukan senang menjenguk gedung-gedung yang dipenuhi lambakan buku. Errr.. alasannya dihambat kesibukan harian. 

Patut ke ek? Ok diterima.

Tapi cari masa untuk membaca. Tidak mahu membeli, boleh pinjam. Tiada alasan untuk menjauhi khazanah berharga ini walau sesibuk mana. Jika tidak malu kita dengan ilmuwan & cerdik pandai zaman lampau. Rasanya lagi sukar mendapatkan bahan bacaan sementalah internet & kemudahan bukanlah semudah saat ini. Kini semua dihujung jari saja. Hendak cari genre buku, membuat tempahan, pilihan buku pelbagai bahasa & semua-semuanya. Komik, jurnal, novel, kamus, ilmiah, tafsir, atlas, lain-lain....


"Buku yang hebat mampu membuat orang yang membacanya menjadi luar biasa.
Tapi hanya orang hebat yang bisa membaca buku tersebut."


*******************************************


Lazimi membaca sebagaimana Kehidupan Ulama & Buku

Beberapa petikan dari kitab Qimah al-Zaman inda al-Ulama oleh Syeikh Abdul Fattah Abu Ghuddah. Juga kitab Kaifa Taqra' Kitaban oleh Syeikh Muhammad Salih al-Munajjid. 

1- Baca buku sewaktu makan,
seumpama Abu Ja'far al-Mahri (333 H). 

2- Tetap baca buku walaupun pada hari raya, 
seumpama Ibn al-Makwiy al-Qurtubi (401 H). 

3- Suruh orang lain bacakan buku sewaktu sedang berjalan, 
seumpama Abu Nuaim al-Asbahani (430 H) 

4- Baca buku sewaktu berjalan, 
seumpama Al-Khatib al-Baghdadi (463 H) dan juga Ya'qub al-Najiramiy (520 H) 

5- Baca buku 400 kali, 
seumpama Imam Nawawi (676 H) yang membaca kitab al-Wasit 400 kali. 

6- Suruh orang lain bacakan buku kepadanya sewaktu terlantar sakit, 
seumpama Abu Abdullah al-Furawi yang meminta Ibn Asakir membacakan buku kepadanya. 

7- Suruh orang lain bacakan buku kepadanya ketika berada dalam tandas, 
seumpama Imam Ibn Taimiyyah al-Jadd (653 H) yang berkata ketika memasuki tandas "bacakan padaku kitab ini, dan kuatkan suaramu supaya aku dengar."

8- Menerima jemputan ke mana-mana majlis namun dengan syarat dibenarkan untuk membaca di majlis tersebut, 
seumpama Tha'lab al-Nahwi. 

9- Buat kopi untuk berjaga malam cukup untuk seminggu terus supaya nanti tak rugi masa setiap kali nak buat kopi, sebab masa tu nak guna untuk membaca, 
seumpama Syeikh Tahir al-Jazairi (1338 H).

10- Semenjak 40 tahun, nak tidur dan nak bangun mesti buku ada atas dada,
seumpama Hasan al-Lu'lui. 

11- Buku ada dekat-dekat dengan katil supaya senang nak baca bila nak tidur dan bila dah bangun, 
sepertimana yang dinukilkan dalam kitab Taqyiid al-Ilm oleh al-Khatib. 

12- Bawak buku kalau nak berjalan jauh, 
seumpama Fairuz al-Abadi yang bawak banyak buku supaya boleh dibaca ketika berhenti di pertengahan jalan. 

13- Kalau dah mula baca kitab, tak akan berhenti sehinggalah habis baca kitab tersebut, 
seumpama al-Jahizh. 

14- Kuat sangat baca buku sampai isteri cemburu dengan buku, 
seumpama yang berlaku kepada isteri Imam al-Zuhri ketika dia melihat al-Zuhri begitu sibuk menelaah buku.



Moga bermanfaat.
Ada alasan lagi untuk membaca?

**Sumber : Beberapa petikan dari kitab Qimah al-Zaman inda al-Ulama oleh Syeikh Abdul Fattah Abu Ghuddah. Juga kitab Kaifa Taqra' Kitaban oleh Syeikh Muhammad Salih al-Munajjid. 



Comments

Popular Posts