# Bingkisan Jumaat
Musik 'Luruskan Hatiku' melantun perlahan menjamah gegendang telinga. Sesekali mata melirik ke luar jendela kaca di hadapan meja pejabat. Teman sebelah masih ralit melayan telefon pintarnya. Sementalah laptop hitamnya 'pengsan' tiba-tiba. Puas ditekan butang on namun tidak berhasil juga. Sunyi ruang sederhana besar semakin terasa dek kekurangan penghuninya. Entah kemana menghilang yang lain.
"Mungkin meeting lagi tuh. Almaklum musim testing apps sekarang", telah hati kecil.
Matahari semakin meninggi menyinar hamparan bumi nan luas terbentang. Langit di Jumaat penuh barakah terasa redup. Masih setia memayungi insan pelbagai ragam & telatah. Kerdil terasa betapa kecilnya makhluk bernama manusia ini. Bak kata orang lama jauh langit dari bumi hendak di bezakan dengan ciptaan lain yang tampak lebih perkasa. Namun hakikat insan itu tinggi nilainya kerna mereka punya AKAL.
Buntu menghadap laptop yang penuh coding mata dilarikan fokus ke kerja lain. Singgah pandangan seketika membelek inbox aplikasi whatsapp di skrin. Beberapa mesej baru muncul dari urusan kampus, kos, keluarga, business (semestinya Powergold) hinggalah lain-lain yang sewaktu dengannya. Sempatku petik beberapa bingkisan coretan. Bukankah kata-kata yang baik itu satu sedekah? Iya dok. Hmmm...
*****************************************************
Bingkisan 1
Adakala kita tersalah,
Allah datangkan sahabat untuk tegur...
Adakala kita betul,
Allah datangkan sahabat yang patut ditegur...
Adakala kita diuji,
Allah datangkan sahabat untuk bantu kita...
Adakala sahabat kita diuji,
Allah beri kekuatan untuk kita bantu dia...
Jadi,hargailah sahabat...
Mungkin kerana dia,kita ke syurga...
- Prof Dr Hamka -
Allah datangkan sahabat untuk tegur...
Adakala kita betul,
Allah datangkan sahabat yang patut ditegur...
Adakala kita diuji,
Allah datangkan sahabat untuk bantu kita...
Adakala sahabat kita diuji,
Allah beri kekuatan untuk kita bantu dia...
Jadi,hargailah sahabat...
Mungkin kerana dia,kita ke syurga...
- Prof Dr Hamka -
*****************************************************
Bingkisan 2
🌹"Jika kamu bersangka baik terhadap
seseorang walaupun sangkaan itu salah, ia tetap baik di sisi Allah. Akan
tetapi jika sangkaan buruk kamu itu terhadap seseorang walaupun ia
benar, ia tetap buruk di sisi Allah"🌹
Al-Fadhil Ustaz Iqbal Zain Al-Jauhari
*****************************************************
Bingkisan 3
Untuk Yang Sentiasa
MENUNGGU & MERINDUI
TARIKH TERMAHAL
Untuk Tahun 2016
MENUNGGU & MERINDUI
TARIKH TERMAHAL
Untuk Tahun 2016
❤❤❤
1 REJAB - SABTU
9.4.2016
27 REJAB - KHAMIS
5.5.2016
MLM NISFU - SABTU
SYAABAN 21.5.2016
1 RAMADHAN- ISNIN
6.6.2016
MALAM 10 - SABTU
AKHIR 25.6.2016
RAMADHAN Hingga
ISNIN
4.7.2016
MALAM RAYA - SELASA
I/FITRI 5.7.2016
MALAM RAYA - AHAD
I/ADHA 11.9.2016
Nota: Hari Raya
I/Fitri ......HARI
RABU
6.7.2016
Hari Raya
I/Adha....HARI ISNIN
12.9.2016
💐💐💐💐💐
Boleh la kita bersedia diri untuk pelbagai aktiviti amal ibadah & amal jariah..
Tanda kelandar aktiviti masing2
*****************************************************
Comments