# HENSHIN : Jatuh & Bangun Kembali
3 perkara yang perlu ada untuk cetus kejayaan diri; Mentor, ilmu & strategi. Sempat di sini kupetik sedikit tips dari salah seorang mentor di Gold Saver Team.
**************************************
Kita mungkin pernah melakukan beberapa kesilapan dalam menjalankan perniagaan. Akibatnya:
- Pelanggan lari.
- Pelanggan marah.
- Kita dituduh menipu.
- Kita dianggap "Cari duit cara mudah".
- Kita menanggung hutang yang banyak.
- Terpaksa menyepikan diri.
- Bisnes baru yang dilakukan 'diganggu' pelanggan lama.
- Bisnes baru sukar berkembang kerana menanggung kesilapan lama.
- Wang sukar dikumpulkan kerana terpaksa selesaikan hutang.
- Sehingga sekarang, masih dibelenggu sejarah hitam.
Pengalaman lama itu sebenarnya adalah satu peluang. Ia telah mengajar dan mendidik kita jalan yang tidak harus kita lalui. Ia juga menjelaskan kepada kita bahawa kita perlukan guru dan ilmu yang lebih kebal untuk bangkit memulakan kejayaan baru.
Selain itu ia menjadi pendorong kepada kita untuk mencari jalan penyelesaian, mencari jalan keluar, bertindak dengan cara yang betul dan berjuang menyelamatkan diri.

Maka sesiapa yang berusaha menyelamatkan diri akan diganjari pahala berganda serta kejayaan samada di dunia dan akhirat. Hari ini kita bersyukur di atas pengajaran lepas.
Akan datang Allah permudahkan urusan kita atas kesabaran dan doa kepada-Nya.
Teruskan usaha. Biarkan orang mengata. Yang pasti dengan usaha yang berterusan, kejayaan semakin hampir.
Akhirnya semua kesalahan akan dapat ditebus kembali.
AgentPowergold
Dapatkan maklumat di sini:
Comments