# Jauh Tapi Dekat

Mentari 28 Rejab semakin menyorokkan wajah ke arah barat. Redup petang tiada tanda-tanda hendak hujan seperti kebiasaan beberapa hari kebelakangan ini. Lebatnya mencurah-curah membasahi permukaan bumi nan terbentang luas. Selang-seli bunyi ribut yang galak sambar-menyambar di dada langit. Tiba-tiba bunyi beeb..beep kedengaran dari telefon pintar. Beberapa notification daripada group sahabat muncul bagai melarikan fokusku untuk intai. 

"Owh.. ada yang sedang membuat persiapan berbuka puasa," detik hati.

    Sementalah hari ini sunat berpuasa Khamis, maka kesempatan yang entah akan tiba lagi minggu hadapan atau tidak direbut sebaiknya. Agaknya apa yang mereka jamah saat berbuka nanti? Pertanyaan dibiarkan berlalu sekadar di benak. Teringat beberapa purnama lalu bersama teman berkongsi suka duka. Sukar melupakannya biar jauh beribu batu. Jauh tapi dekat. Pertemuan bukan sekadar di bilik kuliah, malah ketika beraktiviti luar, kolej, universiti & travelling. Banyak memori tercipta.

"Ahh.. mereka kenalan yang berusaha menjaga nilai persahabatan biar dalam senyap-senyap & tidak meluah," berat nafas dilepaskan perlahan-lahan. Saat ini dicoretkan satu nukilan rasa salah seorang dari mereka.


~Alkisah cinta di dalam bahtera perjuangan.. 🎈

"Kita,
Tiada ku sangka,
Kita bertemu di dalam satu gelas kaca,
Terkadang indah terkadang duka,
Menyelit & menyapa jiwa..

Kita,
Allah izinkan bertemu Dan bersua,
Allah takdirkan merajuk Dan bermuka,
Allah lakarkan tingkah Dan rasa,
Allah pinjamkan jiwa Dan nyawa..

Kita,
Bertingkah Dan bermesra bila berjumpa,
Menyanyi ketawa bila gembira,
Menangis airmata bila berduka,
Berkongsi 1001 rasa di segenap jiwa,
Melakar memori demi memori bersama,
Mencoret ingatan demi ingatan berdua,.

Kita,
Bertemu di bahtera perjuangan,
Biarpun kita berbeza pangkat,
Namun ikatan yg terbina,
Tetap menyatukan hati2 yg bercinta kerana DIA,
Jauhnya kita saling merindui,
Dekatnya kita saling mencemburui,
Tapi kita Tetap saling menyanyangi,
Karna kita adalah sebuah takdir Dari Illahi..

Kita,
Bertemu Dan berpisah kerana DIA,
Harapan besar kpd Allah,
Moga hubungan ini kekal mekar seharum kasturi,
Kekal berkembang hingga ke Syurgawi..
Biarpun satu hari nanti,
Jasad kita dimamah bumi,
Tetaplah saling mendoakan kpd Rabbul Izzati.."

*************************************************


    Biarlah rasa berlalu.Berkali-kali dipesan untuk tidak terbawa-bawa dalam angan & memori silam berterusan.  Cukup hanya seketika beremosi kerna masih banyak yang perlu diteruskan. 

    Angin dari negeri di bawah bayu membawa satu berita sendu saat pemergian salah seorang Pencetus Ummah Zaid pagi tadi. Sementara itu di sebuah bandar besar di Syria, Aleppo turut menghantar khabar duka kala ramai yang tidak bersalah terbunuh apabila dihujani bom tiada bermata itu. Berita yang sampai beberapa hari ni sama ada di luar & dalam negara mampu menyentakkan rasa yang masih lena. Mereka juga jauh dari sisi kita, namun dekat di hati.



Bukan Allah tidak tahu.

Bahawa ujian itu buat kau terduduk dan tertunduk menangis. 

Allah tahu.

Tapi lupakah Allah juga memerhatikan kita dengan pandangan kasih sayang? 

Kadangkala kita perlu 'mengakui' dalam setiap game 'hakikat' sebuah kekalahan, kejatuhan, kerebahan, kesungkuran, sebab ia akan membuatkan kita lebih menghargai nikmat 'perjuangan'.


Comments

Popular Posts