# Belum Cukup Derr
Video yang meluncur di layar skrin ditatap tajam. Dingin suasana tempat kerja yang mencengkam jasad dibiarkan sahaja. Tiada tanda-tanda untuk mencapai remote putih menaikkan suhu. Penuh perhatian dilemparkan setiap bait kata mentor yang berucap. Belum berkesempatan menjejak kaki ke siri pertemuan & bengkel yang beliau adakan namun itu bukan itu satu alasan untuk tidak menimba tips & ilmu baru.
Punya berderet pilihan video-video motivasi, pengisian rohani & bicara tokoh-tokoh di internet, tak kan lah tiada satu pun yang tidak kena batang hidung kita. Sekurangnya ia satu inspirasi buat jiwa-jiwa supaya sentiasa terisi. Gelas yang kosong jika tidak diisi apa-apa seumpama ruang yang tiada makna di dalamnya. Sekadar angin yang sepi tiada manfaat & tidak mampu hilangkan dahaga. Jika kita tiada apa-apa, bagaimana ingin memberi pada yang lain. Sedangkan erti hidup itu sendiri pada memberi. Beri ilmu, kasih sayang, khidmat tenaga, bantuan kewangan & sewaktu dengannya.
خَيْرُ الناسِ أَنْفَعُهُمْ لِلناسِ
“Sebaik-baik manusia adalah yang paling bermanfaat bagi manusia”
{our Prophet s.a.w}
kewangannya, keluarga, cinta, persahabatan, perjuangan & apa sahaja pencapaian hidup. Jawapannya ada di tangan, kerana SIKAP. Sebahagian pakar psikologi ada mengatakan kejayaan hidup hanya 20% bergantung kemahiran & kepakaran diri manakala 80% adalah pada SIKAP. Ia bermula dari rasa & cara fikir kita sendiri. Kerna kita belum cukup derrr.. Belum cukup buat perubahan, kerana itu tidak dapat apa yang dikehendaki.
“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum
kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa-apa yang pada diri mereka ”
{QS 13:11}
Sempat dicatat dalam satu perkongsian pagi tadi, ada empat perkara terbesar ada pada diri yang menjadi CABARAN untuk berubah. Pertama adalah EGO. Ketepikan soal jantina, inilah antara yang akan dihadapi jika tiada kerendahan hati. Bahkan dalam coretan sejarah terlakar kisah bagaimana kerana ego (sombong) syaitan dicampakkan keluar dari syurga kerana tidak mahu sujud pada Nabi Adam. Dipandang insan itu sebelah mata kerana merasakan dirinya lebih mulia diciptakan dari api sedangkan Baginda hanya dari tanah.

Last but not least (anderrr speaking pulok), TAKUT & MALAS yang menguasai diri. Rasanya dua sifat ini sama-sama sedia maklum banyak melambatkan kejayaan kita. "Racun yang paling berbisa adalah malas". Ia mampu membunuh berjuta-juta impian yang kita bina dalam senyap. Benarkah tidak boleh takut? Benar, jika bukan pada tempatnya.
Rupanya banyak sangat benda-benda kecil yang menghalang untuk mencapai sesuatu yang besar. Belum cukup usaha rupanya derrr... Boleh boleh?
p/s: Apa sahaja yang kita ingin di dunia ini DIA yang punya.
Kesedaran, bila ia datang membuatkan kita semakin faham.
Cable terbaik ada ilmu & connection dengan Tuhan.
Comments