# Kembalikan Senyuman (versi Hari Guru)

Hendak publish semalam, namun ada kekangan. Jadinya hari ini baru upload. Hurmm.. sebelum mula kerja post sekejap deh.

Kisah semalam...

Dalam ajarmu ada harapan,
Dalam tegurmu ada doa,
Dalam marahnya ada sayang,
Dalam tawa ada mesranya,
Dalam diam ada bijaksana,
Dalam tangannya kita terbina.
Berbahagialah menjadi guru...

SELAMAT HARI GURU 

& berbanggalah terpilih seorang pendidik.


***********************************************

Cerita kelmarin...



Laungan azan menggamit insan lewat senja itu. Warna merah saga menghiasi langit yang semakin suram. Siang yang cerah kini sudah gelap. Beberapa kenderaan pacuan empat roda masih meluncur di lebuhraya menuju destinasi masing-masing. Sesekali bunyi motosikal yang lalu-lalang turut menyelit di celahan deretan kenderaan apabila terperangkap di dalam jem. Bunyi hon bertalu-talu ditambah dengan himpitan kenderaan panjang & lebar menghantar secebis rasa gerun di hati.

"Errr.. ini baru sesak di jalanan dunia, agaknya macam mana pula di padang mahsyar sana", gerutuku.

    Saat semakin jarak perjalanan menghampiri ke tempat persinggahan, semakin kuat pula perasaan mencengkam jiwa. Almaklum musim praktikal yang dirasakan sangat lama ini banyak berkomunikasi dengan 'robot-robot' tidak bernyawa & tidak banyak kerenah. Entah macam pula hendak berinteraksi dengan manusia serta kenalan rapat yang pelbagai ragam & telatahnya. Dua benda yang jauh berbeza rupa. Terasa janggal & agak blur sebenarnya. Seakan hilang karakter diri yang lalu apabila jarang berhubung dengan dunia manusia di alam realiti. 

"Ahh.. Alam maya mampu menutup mata dari realiti sebenar dunia ke fantasi &  imaginasi semata", tersengih seketika dalam diam.

     Bersyukur rasa dulu-dulu 'serabut' melayan kerenah manusia sekeliling yang pelbagai rentaknya. Bahkan membentuk seorang manusia menjadi insan yang awesome bukan suatu cita-cita yang semudah mengajar a b c. Malah ia lebih mencabar & sukar dari membangunkan sebuah aplikasi @ menyiapkan mana-mana projek. 
    Personaliti mereka yang pelbagai rupa mampu membuatkan kita kembali tersenyum kala sendirian. Benarkah? Mestilah. Jika tidak mampu tersenyum, adakah kita ada sejarah pahit sebelum ini dengan sesiapa? Haaaa... kantoi sudaaa. Hati yang lapang & hebat adalah apabila kita mampu maafkan seseorang yang membuatkan kita menjadi sakit hati @ berbuat tidak baik. Nak-nak lagi sebelum tidur. Mana tahu itu lena yang sangat panjang & terakhir buat diri. Cubalah & kita mampu kembali tersenyum seindah suria semula. pergh. 

“Dan hendaklah mereka memaafkan dan berlapang dada. Apakah kamu tidak ingin Allah mengampunimu? Dan Allah adalah maha pengampun lagi maha penyayang”. (QS An-Nuur :22)

***********************************************
  
Ketika di destinasi...

    Alhamdulillah berkesempatan menghubungi kenalan-kenalan rapat sebelum sampai. Apalagi... dapatlah ber'honeymoon' dari memikirkan urusan kerja sebentar. Alang-alang jadi teman seperjalanan kawan sepraktikal, peluang keemasan ini diambil sebaiknya. Usai sahaja jama' qasar & menjamu selera, terus sahaja kaki menjejaki kediaman demi kediaman teman yang lain.  Seronoknya dapat jamah masakan dari otai-otai dapur. Apa tidaknya, makan free terr. Air tangan orang soleh lain feelnya. Kira jimat perbelanjaan makan minum sepanjang di sana. Alhamdulillah..

    Kebetulan minggu ini terdapat satu program istimewa dari AMC UPSI, 'Karnival Fiesta Al-Mursyidin' a.k.a KAFIM. Dapatlah jenguk turun ke sana. Menatap sejenak wajah penat lelah AJK yang bertungkus-lumus menjayakannya. Satu pengorbanan nan terselit sejuta kesenangan akan datang. Biarpun seketika bersama dengan mereka, namun ia mampu kembalikan senyuman semula walau agak kepenatan. Berkatnya bersahabat keranaNYA, maka DIAlah yang Maha Menjaga segalanya. Tasbih cinta padaNYA semata. Kerana mereka juga kita mampu kembalikan senyuman. Terima kasih.



Cantiknya kata-kata Hamka ini :

Adakala kita tersalah,
Allah datangkan sahabat untuk tegur...
Adakala kita betul,
Allah datangkan sahabat yang patut ditegur...
Adakala kita diuji,
Allah datangkan sahabat untuk bantu kita...
Adakala sahabat kita diuji,
Allah beri kekuatan untuk kita bantu dia...
Jadi, hargailah sahabat...
Mungkin kerana dia, kita ke syurga...

- Prof Dr Hamka -
    


Comments

Popular Posts