# Andaiku Tahu (Jodoh @ Kematian)

06.49 pm
23 Mei 2016

Tangga setinggi bangunan dua tinggat di daki perlahan-lahan. Eskalator bersebelahan ‘membekukan diri’ seketika kerana masih di dalam proses penyelanggaraan. Mengah nafas mengiringi langkah satu persatu. Geseran rel KLIA Transit semakin menghilang sesirna kenderaan ekspress itu lesap dari pandangan mata. Beg biru tua elok tersangkut di bahu kiri sementara beg laptop setia disandang belakang. Buku tebal serta smartphone di tangan di genggam kemas supaya tidak tercicir.



“Itulah perempuan… ada sahaja benda-benda kecil hendak dipegang sana sini. Apa salahnya letak dalam satu beg bukakkah lagi senang,”.

    Tiba-tiba suara abah seakan berbisik di pendengaran. Rindu pada keluarga tersemat rapi. Hanya teringat itulah untaian kata-katanya beberapa tahun yang lalu. Tika itu masih blur bab-bab keselamatan. Main tibai sahaja hendak bawa barang banyak-banyak & letak sesuka hati di kawasan awam. Almaklum suka mengembara + perangai orang perempuan yang agak leceh. Opsssss… men from mars, women from venus. Haruslah ada perbezaan kerna dunia keduanya sahaja berlainan.

Errr.. Apa kaitan dengan tajuk?

*****************************************************

Rumah banglo setingkat itu sudah jauh berubah landskap. Sebuah bangunan tahfiz turut terbina gah di sebelah kirinya. Kaki kanan melangkah masuk seiring sapaan salam buat penghuni a.k.a saudaraku. Sejak sepupu rapat mendirikan rumahtangga hampir setahun yang lalu, inilah buat ke sekian kali aku menjejaki kaki sekali lagi ke teratak yang di penuhi timbunan pelbagai jenis buku di kutub khanah ini. Alang-alang aku mempunyai temuduga isnin hadapan, ambil kesempatan ziarah juga. Usai solat & membersihkan diri sekadarnya, kami dihidangkan makan malam. Besar mata + terpegun seketika menatap lauk pauk di atas meja. 

Ketaaaaaaam,” teriak suara hati melonjak gembira.



       Terucap syukur & takbir dalam diam. DIA Maha Memberi rezeki & memahami deria ini. Habis di snap gambar menu. Macam tiada kerja lain. Untung punya saudara-mara yang terror memasak. Hikmah lainnya Nabi juga berbangga keturunannya yang ramai. 

       Betapa seminggu yang lalu ketika singgah di pasar malam Tanjung Malim bersama sahabat, geram sahaja memerhati deretan gerai barangan basah. Rasa hendak diborang sahaja semua. Ternyata jauh berbeza harga barangan di situ berbanding di kota tempatku praktikal. Segan pula apabila ditatap pelik oleh si dia. Sahabat aku tadi itulah. Ingat siapa si dia?? Ehem.. berat nanang.
   
      Keesokannya dipelawa untuk menghadiri sebuah kursus. Kursus Pengurusan Jenazah woo.. Sebenarnya pernah terfikir, antara jodoh & kematian yang mana satukah akan datang memanggil dahulu. Getar hati mengingati hakikat mati yang pasti. Misterinya tersimpan kemas dalam pengetahuan DIA.. Doa & usaha kerja kita, hasil akhir biarlah DIA yang Maha Menentukan kerna DIA Maha Tahu apa yang terbaik untuk diri.


        Rupa-rupanya dalam urusan berkaitan pengurusan jenazah ini banyak terselit amalan yang hanya sekadar adat ikut-ikutan secara turun-temurun sejak zaman nenek moyang. Sejarahnya bermula dengan pemahaman yang dibawa masuk saat kedatangan pedagang-pedagang asing yang lebih awal sebelum kehadiran pedagang Islam ke bumi Malaysia suatu masa dahulu.

    Amalannya bermula sebelum kematian, semasa sehinggalah selepas si mati selamat dikebumikan. Maka terpikul suatu tanggungjawab pada generasi muda hari ini untuk mendalami, menyampai serta mengamalkan tuntutan yang sebenarnya. Kata macho & cun kan..kan… Lagi macho & cun apabila ada ilmu.


    Sungguh, semua kena hadapi dengan ilmu. Tin yang kosong menghasilkan bunyi yang kuat berbanding tin yang mengandungi bahan bermanfaat. Diam-diamnya bak ubi berisi. Semakin berisi, semakin tunduk merendah hati umpama padi.

ANDAIKU TAHU antara keduanya mana yang akan panggil dahulu, nescaya akan dikejar salah satu sahaja. Tapi DIA rahsiakan untuk insan berusaha mantapkan keduanya.
ANDAIKU TAHU segalanya kerna ilmu, pasti setiap saat pun akan direbut.


“Hikmah itu adalah barang yang hilang milik orang yang beriman. Di mana saja ia menemukannya, maka ambillah.” (HR. Tirmidzi)

Comments

Popular Posts