# Tin Kosong
Assalamualaikum..Salam sejahtera..
Hari yang panas & dingin hari ini. Jumaat yang tiba buat sekian kalinya lagi. Aku masih di sini melarikan jari jemari di atas keyboard ASUS yang dimiliki seawal menjejaki kaki ke bumi pendidik ini. Walaupun gempar ada peristiwa di sebalik perasmian kampus baru di sini namun bukan itu yang mahu dikongsi. Ibarat TIN KOSONG, jika tiada diisi perkara & air bermanfaat akan di isi angin yang sia-sia.
*************************************
Sungguh terpegun mendengar huraian bait demi bait maksud yang tersembunyi di sebalik ayat-ayat cinta ILAHI ini khasnya untuk kita semua anak muda penyambung generasi pada masa akan datang. Kalau bukan kita siapa lagi yang hendak kita harapkan. Sampai bila ingin bergantung pada insan-insan sekeliling yang akan pergi menjalankan tanggungjawab ke tempat lain? Bukankah berdikari termasuk dalam muasofat tarbiah yang acap kali di dengar. Sentap terrrr...
"Aku tak layaklah.."
"Biarlah dulu nanti..nantilah jadi ketua.."
"Malas nak layan.."
"Betul ke nih.."
& lain-lain..
Bukan tidak pernah aku melontarkan kata-kata sebegini. Tapi itu dulu..
Dulu yang silam & kelam masih belum FAHAM apa sebab munasabahnya. Jadi apabila diberi tugasan cuba laksanakan sebai mungkin semampu yang kita boleh. Mungkin ada hikmah tersirat kenapa kita orang yang terpilih itu. Tidak salah tanya apa sebab kita dipilih & andai itu takdirnya kita patut jadi IKHLASlah & berAMALlah wahai generasiku.
*************************************
Masa kian tamat ke penghujungnya...
Masa akan tiba kemenangan yang dijanjikan..
Harta, diri & perasaan terkorban..
Allah membelinya dengan ganjaran syurga insya-Allah.
NOKTAH
Comments