# On Call (edisi Musim Baucer Buku)
||Bismillah||Alhamdulillah||
Musim cuti pertengahan semesta di beberapa universiti tiba lagi. Masa untuk menghabiskan baucer juga. Mungkin...
Seharian perjalanan pergi & balik ke rumah menaiki kenderaan agak memenatkan. Sekejap sekejap tukar posisi. Alhamdulillah sampai ke destinasi. Tidak menghilang (teringat MH370).
Pulang ke kampung halaman satu nikmat yang tak terucap sebenarnya. Sementalah di kampus kita berperang dengan buku-buku & kerja-kerja kos. On call student. Kadang bersengkang mata siapkan tugasan yang tergendala. Ish..kesian badan kita. Kena buli selalu. Sebenarnya study yang berkualiti bukanlah memaksa otak bekerja keras sehinggga larut malam. Boleh jadi berlanjutan sehingga hening pagi. Tapi yang penting fokus & waktu otak tengah fresh gitu.
Balik kampung halaman..
Mengembalikan beberapa perkara berkaitan diri yang semakin pudar & lenyap. Almaklum selain bergasak dengan matapelajaran universiti kita juga terjun ke program-program & aktiviti lapangan. Macam on call student pula. Boleh jadi kita kadang hilang sebentar masa untuk refleksi diri. Sibuk dengan kehidupan serba mencabar ini memerlukan masa untuk kita check diri. Aku jua begitu. Bukan menyepi. Sekadar perlukan ruang sebentar untuk refresh apa yang patut. Keluarga kita juga motivasi dakwah kita bukan?
Sebagai on call student..
Lakukan yang terbaik untuk seimbangkan semula akademik seiring aktif aktiviti luar kuliah. Assignments, projects, toturials & sebagainya mesti siap on time. Cantik lagi dapat siap awal dari masa yang di tetapkan sebab tak tahu apa yang akan terjadi akan datang. On call student lah katakan. Penat tapi puas. Hidup ni kan ibadah. Peace !!
~Biar di dunia penat,
Kerna di akhirat sana tempat berehat~
Comments