# Andai Masa Boleh Diputar


“..... dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya” 
[Al-Baqarah 2: 216]

Dalam suka & duka mengharungi cabaran di medan gerbang universiti ini,
Masa pantas meninggalkan kita..
Seminggu bercuti pertengahan semestaku jua semakin berlalu..
Meninggalkan pelbagai warna-warni pengalaman sepanjang pengembaraan di beberapa destinasi..
Keluarga, sanak-saudara, sahabat handai dilawati..
Hubungkan persaudaraan Islam & silaturrahim.

Sungguh perjalanan di dunia ini penuh pancaroba & fatamorgana,
Semakin dikejar semakin jauh..
Kita yang terpedaya akhirnya..
Dunia adalah ladang, apa yang ditanam itulah yang akan disemai di sana nanti..
Usia remaja bukan masa berfoya-foya..
Salah pilih jalan kita tersesat.

Andai masa boleh diputar,
Nescaya kita ingin ganti kembali dengan perkara kebaikan..
Namun ia tidak akan berlaku sama sekali..
Boleh jadi keinsafan hari ini..
Adalah untuk persiapan & cipta perkara yang lebih indah hari esoknya..
Insya-Allah.

Begin something with the end in mind
**************************************************



 "Letakkan dunia di tangan & akhirat di hati supaya dunia dapat di bahagi-bahagi & akhirat di bawa mati "

Comments

Popular Posts