# Flashback (Aku, Dia dan Kita Semua)





Meh sini kita hayati TINGKATAN BERSAHABAT

1) Berlapang dada/ bersangka baik
 (ini selemah2 ukhuwah)
2) Menyamaratakan diri dengan sahabat
 (harta aku, harta sahabatku juga)
3) Ithar/melebihkan sahabat 
(ukhuwah high class dan terbaek dari ladang lah.aku nak guna barang aku, sahabat nak guna barang aku, bagi sahabat dulu lah)

Tertarik nak memetik satu pesanan sekadar perkongsian dan muhasabah buat diri yang sokmo lupa dan sahabat bersama. 

Salim A.fillah ada berkongsi dalam bukunya,"Dalam Dakapan Ukhuwah",

Kadang ukhuwah itu tak perlu di risaukan. 
Tak perlu, kerana ia hanyalah akibat dari iman. 
Yang rapuh itu bukan ukhuwah.
Tetapi iman. 
Ya iman.
Iman dan ukhuwah datang beriring.
 Ketika iman sedang sakit, 
memberi kesan pada manisnya ukhuwah. 
Saat itulah ikatan melemah, saat itulah keakraban merapuh 
Saat itulah salam terasa menyakitkan, 
Saat itulah ketika bersama terasa sakit dan memilukan, 
Saat itulah. usahlah bertanya tentang ukhuwah andai iman kita masih bernanah. 
Mungkin iman kedua2nya. mungkin kamu sahaja.
dan pasti mungkin aku sahaja.
 dan ya.
mungkin aku sahaja.

Mohon maaf semua..

 Flashback (Aku, Dia dan Kita Semua)

Comments

Popular Posts