# Jeritan Batin Anak Autism

Sebuah catatan di hujung rasa,
Meniti di alam maya,
Singgah di laman ini seketika,
Sebelum meracik sayu mereka,
Bila tingkah di salah sangka.

**************************************


Tahukah kakak.. seringkali aku acuh, tapi bukan bererti aku tidak peduli, bukan pula sombong… Kerana aku sendiripun tidak tahu mengapa aku begini.

Aku nakal tidak boleh diam… lari kesana kemari... tanpa mengenal lelah, kerana aku tidak selesa dengan sekelilingku.

Aku melompat dan berlari tanpa mengerti untuk apa… yang aku tahu hanya bergerak… dan bergerak.

Kadangkala telingaku tidak sanggup mendengar frekuensi suara tengkingmu, jadi maafkan kalau aku kurang nyaman dengan bunyi-bunyian. Could you please don’t yell? 😢

Waktu kecil aku terlambat bicara, aku tak tahu kenapa. Motorikku terlambat, emosiku tak stabil, sering tantrum & mengamuk, maafkan aku ya? 

Aku suka benda yang bulat dan berputar, bukan kerana aku aneh, tapi kerana pertama merasakan kenikmatan adalah ketika kau menyusuiku, mama.

Kami tidak idiot, sebahagian dari kami punyai IQ diatas aras normal, sementara sebahagian punya IQ dibawah aras normal. Could you please accept us, as the way we are? 😢

Kadangkala kami menghindari dipeluk, kerana sensor taktile di sekujur tubuh kami lebih sensitif dibanding anak normal lainnya.

Kami menghindari eye contact, kerana kami tidak tahu bahawa mata berbicara. Kami bahkan tidak tahu cara berkomunikasi yang benar... Could you please forgive us? 

Kalau inginkan sesuatu, aku lebih suka menunjuk tanpa bucara, kerana aku tidak tahu bentuk bunyi seperti apa yang harus kukeluarkn dari mulut mungilku.

Hanya bunyi-bunyian tanpa erti yang kadangkala hanya aku & Tuhan yang mengerti. Aku putus asa ketika mama tidak mengertiku, aku cenderung menyakiti diriku sendiri!

Aku sering bicara sendiri, kadangkala menangis, kadangkala tertawa. Could you pleasee jangan bilang aku “gila”, aku hanya tenggelam dalam duniaku sndiri!

Dunia yang kadangkala aku ciptakan kerana aku merasa tidak diterima sebagaimana adanya aku. Don’t you all do the same thing when u’re not feel comfortable?

Di sekolah, aku sering mndapat nilai jelek, bukan kerana aku bodoh, tapi kerana tidak seorang pun peduli untuk mmbantuku keluar dari duniaku sendiri.

Aku tidak mampu bicara, bukan bererti aku tidak mampu berkomunikasi. I just need your little help. Komunikasikan bukan hanya dengan verbal.

Aku juga sama seperti anak lainnya, perlukan pendidikan yang sepatutnya. Jangan sisihkan aku, kerana kalian belum tau potensi tersembunyi yang Tuhan kurniakan untukku.

Mama jangan menangis ya? jangan menyesal. Tuhan tidak pernah salah… aku tahu mama lelah, but please… don’t give up on us. 😢

Yakinlah ma.. Suatu saat aku akan buatmu bangga! Ketika DIA menciptakanku dgn segala kekuranganku, DIA tdk lupa menitipkan kelebihan padaku.

Jangan pukul aku ketika aku tidak bisa duduk diam. Kadangkala sensor taktile ditubuhku terlalu sensitif utk permukaan2 tertentu.

Jadi jangan bilang aku nakal dan mencubitku.. ketika aku lebih memilih duduk dilantai. Permukaan kerusi menyakitiku mama.

Kalau kalian melihat anak yang tidak mau duduk, mengertilah, mereka pasti sama sepertiku. Peluk, senyum & dekap kami dipangkuanmu.

Seringkali aku dibuli teman-temanku tapi aku tidak melawan, bukan kerana aku takut, tapi kadang aku tidak mngerti apa artinya sakit, mamaku yang menangis.


Kalau aku belum mampu, jangan paksa aku untuk bicara. Komunikasi tidak HARUS bicara bukan? Kadang aku berkomunikasi tentang apa yang kumau, dengan caraku.


Kadang-kadang justeru kalian yang tidak peka... lalu siapa yg tidak mengerti bagaimana erti komunikasi yang sesungguhnya???

Kalau aku suka merebut sepatu atau Hpmu, bukan kerana aku suka mencuri, tetapi sesuatu menarik perhatianku pd benda itu.

Kadangkala kalau aku bicara, aku suka merapal kata-kata, seperti kaset rosak yang diulang-ulang. Itu kerana aku suka repetisi.

Aku suka mengumpulkan batu dan melemparkannya kedalam air… itu kerana aku rindu suara detak jantung ibuku ketika aku dalam kandungan.

Lihat.. Dengar.. Aku melemparkannya seirama dengan denyut jantungmu.. Aku rindu denyut jantungmu, mama.. Pluk.. Pluk.. Pluk.😢

Jangan paksa aku harus sama seperti anak lainnya. Memaksaku dalam segala hal yang belum tentu aku suka, hanya supaya orang tau aku normal (NeuroTypical).

No, I’m not. I’m autistic, but not stupid or IDIOT as you said.. Aku juga boleh jadi kebanggaan seperti anak lainnya, asal aku diterima.

Even if I’m stupid or idiot, you cannot judge me. Tuhan pasti tidak lupa menitipkan kelebihan kepadaku.. Just don’t give up on us, please 🙏

Kalau aku punya keperluan khas, akui dan terimalah aku apa adanya… kerana di saat mama dan papa masih menolak kekuranganku, aku tdk akan sembuh 😢

Aku perlu mama untuk menggendongku di bahunya.. dan berlari bersamaku, mengejar ketinggalanku... Mama, jangan lelah mendampingiku ya? I need you the most ma..

Aku perlu terapi SI utk memprbaiki motorikku, terapi pertuturan utk membantuku berkomunikasi, behavior therapy untuk membantuku bersosialisasi.

Kadang aku berputar-putar seperti gasing, tanpa merasa pusing, itu kerana makanan yg kumakan mengandung CASEIN & GLUTEN. Bantu aku berdiet ya..

Casein-Gluten, dalam tubuhku akan diubah jadi CASEOMORPHINE & GLUTEOMORPHINE, yang efek merosaknya 100x lebih hebat dari morphine yang dikonsumsi orang dewasa.

Kadang mamaku harus mengorbankan kebersamaannya dengan keluarga dan sahabat, hanya kerana aku tidak nyaman dengan keramaian, dan memilih untuk bersamaku. Maaf ya ma...

Ketika aku tidak sehebat anak lain, jangan mengeluh. Kerana engkau akan merasakan bangga yang luar biasa ketika akhirnya aku boleh meski terlambat.

Aku perlukan kamu, mama. Dukung aku di bahumu, bantu aku berlari mengejar ketinggalanku. Akan kubuat mama bangga punya anak #autism sepertiku.

Sesungguhnya aku perlu PENGERTIAN lebih dari simpati.

2 April 2016
#worldautismawarenessday

Comments

Popular Posts