# Seronoknya Teknologi

Entah sejak dari bila aku mula 'jatuh cinta' pada dunia teknologi. Sementalah kos yang diambil juga berkaitan dengan teknologi dan juga software. Pada awalnya kukira ia satu 'kesilapan' dan ragu-ragu dengan apa yang berlaku. Benarkah Ya Rabbi tindakan ini? Namun setelah di terokai sedikit sebanyak kutemui jawapannya.
Di dalam Islam, memang tidak ada kekeliruan tentang kedudukan teknologi atau ciptaan barang material. Ini dapat kita saksikan sendiri di zaman Rasullullah s.a.w dan khilafah Islam setelah zaman baginda. Rasullullah s.a.w pernah mengambil teknologi perang Persia semasa Perang Khandak di mana beliau berserta sahabah menggali parit mengelilingi kota Medina sebagai benteng pertahanan. Kita juga melihat ciptaan meriam pertama di zaman Khalifah Muhammad Al Fatih sewaktu penaklukan kota Constantinople. Malah Sains dan Teknologi merupakan bidang yang amat maju di zaman Khilafah Islam.
 Ibnu Haitham (sainsoptik), Ibnu Yunus (penciptaan jam) dan Ibnu Nafis (sistem lengkap peredarandarah), Ibnu Sina (sains perubatan), al-Biruni (astronomi) dan al-Khawarizmi(matematik) dan Ibnu Rusyd (falsafah)
Penemuan daripada hasil kajian sains dan perkembangan teknologi telah banyak membantu manusia melakukan pelbagai aktiviti serta membolehkan kita berkomunikasi kerana jarak atau destinasi yang jauh tidak lagi menjadi penghalang untuk kita menjalankan sebarang aktiviti pekerjaan. Malah melalui penemuan daripada hasil kajian sains dan teknologi, manusia dapat menemui pelbagai jenis penawar kepada penyakit.Al-Qur’an banyak menyarankan supaya umat Islam bergiat menggunakan segala ciptaan Allah s.w.t untuk kegunaan mereka di dalam kehidupan seharian. Allah s.w.t berfirman :


“Tidakkah kamu memperhatikan bahawa Allah telah memudahkan untuk kegunaan

kamu apa yang ada di langit dan yang ada di bumi, dan telah melimpahkan kepada kami
nikmat-nimatNya yang zahir dan yang batin? ” (Luqman:20 )



-Dari Wikipedia, ensiklopedia bebas-

Teknologi merupakan satu konsep yang luas dan mempunyai lebih daripada satu takrifan. Takrifan yang pertama ialah pembangunan dan penggunaan alatan, mesin, bahan dan proses untuk menyelesaikan masalah manusia.Perkataan technology berasal dari perkataan Greek τεχνολογία (technología); dari τέχνη (téchnē), yang bermaksud "seni, kemahiran, rekaan", dan -λογία (-logía), yang bermaksud "pembelajaran, kajian". Istilah ini boleh digunapakai samada secara umum atau dalam bidang tertentu: contohnya technologi pembinaan, teknologi perubatan, dan teknologi maklumat.
Istilah teknologi selalunya berkait rapat dengan rekaan dan gadget menggunakan prinsip sains dan proses terkini. Namun, rekaan lama seperti tayar masih menunjukkan teknologi.
Maksud yang kedua digunakan dalam bidang ekonomi, yang mana teknologi dilihat sebagai tahap pengetahuan semasa dalam menggabungkan sumber bagi menghasilkan produk yang dikehendaki. Oleh itu, teknologi akan berubah apabila pengetahuan teknikal kita berubah.
Takrifan teknologi yang diguna pakai di sekolah-sekolah dan institusi-insitusi pengajian tinggi di Malaysia ialah aplikasi pengetahuan sains yang boleh memanfaatkan serta menyelesaikan masalah manusia yang dihadapi dalam kehidupan seharian.


Kerap kali, "baru" dianggap "lebih baik" dalam bidang teknologi atau kejuruteraan. Contohnya komputer baru lebih laju dari komputer lama, dan kereta baru lebih menjimatkan petrol dari kereta lama. Pasti sebuah teknologi yang semakin berkembang akan menjadi lebih baik dan ianya semestinya mesra alamtologi. Supaya pencemaran dan kegagalan manusia untuk menangani kerosakan dapat dikurang serta akhirnya dihindari. Teknologi mesra alamtologi amat penting untuk kemajuan manusia.


*klik untuk perkongsian :
http://www.cnet.com/?tag=hdr
http://www.filehippo.com/
http://prezi.com/
http://www.smashingmagazine.com/
http://docs.rainmeter.net/manual/getting-started
http://islamic4lovers.wordpress.com/2012/09/23/islam-sains-dan-teknologi/

Comments

Popular Posts