# Teknik Bayangan & Anak Disleksia
Sebuah lagi kisah,
Si mutiara hati tidak berdosa,
Tersepit dalam dilema,
Antara realiti & fantasi,
Walau ia bukan satu mimpi,
Bimbing aku jua usah diketepi.
******************************************
Mereka nampak normal, boleh berbicara dan berkomunikasi dengan baik dan tidak ada masalah pergaulan.
Segalanya nampak sempurna.
Tetapi mengapa mereka di kategorikan sebagai disleksia ialah kerana mereka ada isu berkaitan mengenal huruf / nombor dan membaca. Perkara ini biasanya di sedari oleh ibu bapa, setelah anak-anak tersebut bersekolah. Ada juga ibu bapa yang tidak menyedarinya sehinggalah di beritahu oleh guru.
Spektrum disleksia juga agak luas. Namun rata-rata nya mempunyai simptom yang sama. Antaranya,susah mengingati huruf, menulis huruf dengan terbalik, kecelaruan sistem membaca serta tidak suka menulis ayat panjang.
Mereka boleh mengingati jalan, fakta, cerita, lirik lagu dan gambar dengan baik sekali,namun mereka sangat sukar mengingati huruf. Antara cara yang saya gunakan untuk membantu mereka mengenal huruf ialah dengan menggunakan teknik bayangan.
Contoh:
A = seperti bukit
B = ada dua mata
C = seperti cacing / telinga
D = ada satu mata
E = ada tiga gigi
Dan seterusnya....
Ibu bapa boleh juga menggunakan bayangan yang lebih kreatif dan dekat dengan jiwa mereka supaya lebih senang untuk mereka ingat dan 'recall' semula.
Cara ini 60% mempercepatkan lagi proses mengenal huruf berbanding kita menunjukkan flash card atau buku.
Mereka berbeza, dan bukan bermasalah. Mereka sering di kategorikan sebagai pelajar bermasalah walhal kita lah yang bermasalah kerana tidak tahu cara serta pendekatan yang betul untuk mereka.
Dan kerana anak-anak itu ujian, maka ada nikmat yang Allah sembunyikan jika kita melihatnya dengan hikmah.
Dan kerana anak-anak itu ujian, maka ada nikmat yang Allah sembunyikan jika kita melihatnya dengan hikmah.
Comments