# Rupa-rupanya Setinggi Syurga

Membelek-belek & stalker facebook insan-insan hebat membuatkan diri tambah bersemangat nak teruskan sesi pembelajaran akan datang. Almaklumlah kos di universitas jauh berbeda dengan bidang semasa di bangku sekolah. Jadi ibaratnya belajar dari zero insya-Allah kepada zero. Belajar menerima seadanya & teruskan usaha. Biarpun berat, tetap bersemangat.

https://www.youtube.com/watch?v=Nt9Q4-1KNFs
Orang kata: gantung cita-cita setinggi bintang di langit. Untuk seorang muslim, bintang masih terlalu rendah untuk cita-citanya. Nabi mengajarkan gantung cita-cita setinggi syurga firdaus. Sebab tiada benda yang lebih tinggi daripadanya selain Arsy Allah. Ooooo..tersentap.

Beginda bersabda: "Jika engkau meminta kepada Allah, mintalah Firdaus al-a'la. Sesungguhnya ia adalah syurga tertinggi; di atasnya Arsy Allah Yang Maha Pengasih " (al-Bukhari)

Gantung tinggi-tinggi di langit kalau terjatuh berdebuk sakitnya. Auchhhhh...

Tiada kaitan pun. Sekadar berimaginasi sebentar. Sebut pasal belajar memang susah setahun dua pengajian. Lepas dapat formula & faham asasnya jadi mudah. Dalam kelas, toturial, makmal mahupun kuliah mesti fokus. Sarapan ataupun sahur usah tinggal. Latih diri makan pagi sebelum pukul 10.00 tau. Fakta mengatakan bahawa sarapan ataupun sahur dapat meningkatkan daya ingatan dan juga ketahanan tubuh badan. Bukankah pepatah arab ada berbunyi, 'Akal yang cerdas terletak pada tubuh badan yang cergas'. Dalam pembinaan individu muslim juga ada ciri-ciri badan yang sihat. Coooooooooooooooool.

Oklah setakat ini dahulu. See you all next time insya-Allah.

Ingat..gantungkan semangat dulu. Setting niat.






~ada D.U.I.T>>>Doa-Usaha-Ikhtiar-Tawakal~

Comments

Popular Posts