# Bukan Sekadar Bicara Kata


Bismillah pembuka bicara,
Alhamdulillah penambah rasa,
Subahanallah pemanis kata,
Allahu akbar penguat jiwa....

*************************

     Tercampak di sana sini kita mengharung pelbagai pengalaman di dunia realiti. Kalau dulu di bangku sekolah belajar teori itu & ini. Macam-macam benda, ilmu & perkara kita dapat hanya dengan 'disuap' oleh pendidik ataupun penceramah motivasi yang datang & pergi.

       Kini usia makin menginjak dewasa (erk...)
     Kita menghadapi suasana yang juga semakin mencabar. Apa yang dibicara dulu bukan sekadar teori. Malah menuntut istiqamah & mujahadah yang tinggi untuk melawan pengaruh negatif. Sementalah jiwa muda perlukan kebebasan dalam mengorak langkah penuh semangat. Kebebasan tetap dalam syariat insya-Allah. Sungguh tidak salah & kita rujuk juga sirah Anbiya' serta sahabat-sahabatnya di alam remaja & dewasa.

*************************

     Menyentuh soal utama kali ini sebenarnya hendak nukilkan mengenai UKHWAH. Tidak kira sejauh mana kita tercampak & berada sekarang mesti ada sebut pasal UKHWAH ni. Cayalah!!


Bila sebut sahaja kawan.. ukhwah.. persahabatan.. persaudaraan.. teman sejati.. sehidup semati.. kamcing.. teman tapi mesra... saing..bla..bla..bla..

Sebenarnya kita bersatu, bertemu & berpisah kerana apa? 

"Kerana saya sayang dia.."
"Dia jiran paling rapat arr"
"Aku kenal sejak kecil lagi ni.."
"Sebab minat kat dia ja"

Tapi haru juga kalau ada yang jawab, "Entahlah.."

Kadang-kala tidak pernah jumpa pun si dia sebelum ini. Tapi boleh borak-borak, tukar pandangan & gelak nangis sama-sama. Ada chemistry orang kata.
Ada pula dah kenal bertahun-tahun lamanya tapi tidak pernah ngam. Ada sahaja pertelingkahan berlaku. Apa kes ini? Pening orang sekeliling tengok.
Syok juga bila dah lama tidak bersua, tiba-tiba berjumpa kembali. Nak-nak lagi orang yang memang pernah rapat & kenal masa purbakala dulu. Erk..purbakala?! 

Apa-apa pun cerita bagaimana awal & akhir perkenalan itu, Ia bukan sekadar bicara kata kita,

Sebenarnya ada jawapan dah Allah beritahu kat dalam FirmanNYA :
"Sesunguhnya setiap mukmin itu bersaudara..." [Hujurat:10]
Nabi pun sudah beritahu dalam sabdanya :
"Tidak beriman seseorang itu sehingga dia mengasihi saudaranya sebagaimana dia mengasihi dirinya sendiri" [HR Bukhari & Muslim]

Maaf,
Aku bukanlah penulis & pencatat terbaik. Tapi kuyakin bahawa setiap perkongsian adalah untuk kita bersama saling melengkapi. OK. 

Akhir coretan kali ini,

Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain).

Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu). (Hujurat:13)





Comments

Popular Posts