# 1 Liter Of Tears
Hari Sabtu itu Hidayah tiba di rumah sewanya agak lewat. Urusan luarnya baru sahaja selesai di stesen bas kecil di Pekan. Niatnya untuk singgah di pasar malam selepas itu terbantut apabila Rabitah hendak pulang awal. Apalah sangat memenuhkan permintaan yang kecil itu. Lagi pula boleh kirim makanan kepada kedua orang sahabatnya yang lain. 'Bila lagi hendak praktik teladan dari kisah Ansar & Muhajirin,' telah Hidayat.
Sabda Rasulullah s.a.w., maksudnya:
Sesungguhnya seorang kamu pergi menunaikan sesuatu keperluan saudaranya lebih baik baginya daripada beriktikaf di masjid aku selama sebulan.
Usai solat fardu magrib berjemaah Hidayat menekur pandangannya ke arah makanan di meja ruang tamu. Opssss..makanan pun ada di ruang tamu? Tersengih Hidayah bak kerang busuk. Ini mesti kerja sahabatnya. Alhamdulillah malam ini ramai bertandang ke rumah. Bekas senior kampusnya juga turut memeriahkan suasana yang semakin gamat. Sekali-sekala mengekspretasikan tingkah sebenar apa salahnya. Almaklumlah sesama muslimat lain caranya. Pergaulannya lebih luas sesama mahram. Terserlah indahnya ukhwah di situ.
Sambil makan sempat mereka menonton salah satu cerita terbitan syarikat di negara matahari terbit. Rittoru no Namida (1リットルの涙 Ichi Rittoru no Namida?, lit. " Litre of Tears"; Juga dikenali sebagai A Diary with Tears or A Diary of Tears merupakan drama televisyen Jepun untuk Fuji televisyen tentang seorang gadis yang telah disahkan dengan penyakit degeneratif yang tidak boleh diubati pada usia 15, tetapi mampu untuk meneruskan hidupnya sehingga kematiannya pada usia 25.
Makanan & minuman di hadapan mata jadi semacam gerabak bergerak pula. Senang kata dia punya aku punya, aku punya dia punya. Saling berkongsi & bertukar rasa. "Ini kita tengok cerita atau kita yang bercerita?" soal Jasmin saat semua rancak berbual. Terdiam sebentar. Macam malaikat lalu pula. Erk.. mana tidaknya. Laptop yang terbuka sejak dari awal setia melayarkan cerita sedangkan penontonnya membuat perkongsian lain pula. Hidayah melontarkan penglihatannya ke arah muka sahabat fillahnya sebelum menyambung menatap skrin monitor.
*******************************************
Konklusinya, hendak rapatkan silaturrahim sama ada sesama keluarga, guru, pensyarah, adik, abang, kakak, kenalan & sebagainya lah...banyak cara. Tak perlu terlalu rigid & terikat hanya dengan satu cara sahaja. Nabi pun punya strategi dalam bergaul dengan insan di sekitarnya. Rapatkan silaturrahim sama yang dah rapat semua boleh buat & rapatkan silaturrahin dengan yang ingin memutuskan itulah tinggi nilai agamanya.
Kerna kita tahu, mereka bukan robot. Apatah lagi kita ini siapalah tanpa orang di sekeliling? Apa yang penting taat, kasih sayang, hormat, patuh.. semua lahir dari hati. Hendak rapat sesama insan jaga bermula hubungan kita dengan Allah & para ahlinya.
~THE END 1 LITER OF TEARS~
make a move dear
terima kasih pinjamkan diri untuk diadaptasi di dalam nukilan rembang malam ini
terima kasih pinjamkan diri untuk diadaptasi di dalam nukilan rembang malam ini
Comments