# Muslimah Itu..



Muslimah itu,
Terkadang gelak kuat tak henti-henti,
Terkadang juga minum berdiri,
Terkadang sebelum tidur terlupa baca doa & ayat Kursi,
Terkadang pakai stoking mula kaki kiri,
Terkadang aci redah kasut orang lain tanpa sedari.

Muslimah itu,
Terkadang gembira sampai terlompat terkinja,
Sambil senyum tayang gigi,
Terkadang air matanya menitis laju tak terperi,
Terkadang rasa lemah sampai tak mampu bangun-bangun lagi,
Terkadang rasa marah menguasai diri,
Sampai rasa nak lempang orang tu laju-laju without mercy.

Muslimah itu,
Adalah manusia biasa,
Yang tidak lari dari segala macam ujian & pancaroba,
Yang tak lari dari perasaan lemah & tak bermaya,
Yang tidak lari dari buat khilaf, salah & dosa,
Kerana apa?
Kerana dia juga manusia biasa.

Apa-apa pun,
Yang pastinya,
Muslimah itu,
Sentiasa bangkit bila terjatuh,
Sentiasa cuba gembira akan orang lain walau hatinya remuk,
Sentiasa cuba improve diri,
Dari semasa ke semasa tanpa henti,
Walau terkadang dia tersungkur.

Itulah bukan kerana dia lemah,
Tapi itu kerana dia cuba ambil masa untuk bangkit semula,
Jadi kuat dari sebelumnya,
Kerana dia berusaha,
Untuk menjadi bidadari dunia,
Dan jua akhirat sana.

(bersama junior kemasukan semesta lepas)

Comments

Popular Posts