# Lelah Dunia Business

Lelah di dunia business bagai sebati hari ke hari. Tidak kira lah dropshipnya, offlinenya, onlinenya semua ada cabaran tersendiri. Baru bermula sedikit sebanyak tergoyah jua. Motivasi Bisnes petikan dari rakan niaga ini sedikit sebanyak jadi pembakar enjin semangat untuk terus bergerak :

****************************

Kadang kala berniaga ni penat. Ada masa-masa rasa nak give up pun ada.

Pernah dalam poket tinggal RM10 sahaja. Duit dalam bank dah habis terus. Bank call bagi amaran nak tarik kereta sebab dah x berbayar berbulan. Apa nak buat time tu? Nangis je la 😭😭. Tapi mulut tak putus2 doa. Sebab time tu hutang bertimbun dan bisnes pulak tengah jatuh tergolek-golek.

Alhamdulillah, selang beberapa jam, ada customer bank in hampir 1k dlm akaun. Payment yang tak disangka2. Sebab time tu marketing apa pun x buat. Terus withdraw duit laju2, pergi bank, bayar duit kereta.

Kalau fikirkan zaman kegagalan bisnes, fikirkan zaman susah 😭😭 tak tahu la macam mana boleh lalui zaman tu dan alhamdulillah Allah berikan jalan keluar dari segala masalah.

Kalau nak cerita bab rezeki ni, banyak perkara yang kadang2 tak masuk akal yang mana Allah bantu kita untuk keluar dari masalah. Setiap orang mesti pernah lalui.

YAKINLAH.
Allah yg berikan rezeki
Allah yg akan keluarkan kita dari masalah
Allah sebaik-baik tuhan untuk kita mengadu.

Jangan ada masalah sikit ngadu kat FB.
Ada masalah orang kutuk kita, ngadu kat FB
Sampaikan nak doa pun dia doa kat FB.

Allah berfirman dalam surah Al-insyirah, ayat 5-6

فَإِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا
5. Karena sesungguhnya bersama setiap kesulitan ada kemudahan,

إِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا
6. Sesungguhnya bersama setiap kesulitan ada kemudahan.


P/s: nak rezeki lagi banyak dan dikeluarkan dari masalah, jangan lupa sedekah

Azizan Osman Tribe:
“Anda tidak boleh bernafas kalau sekadar menyedut udara. Anda mesti melepaskan udara untuk terus bernyawa. Dalam hidup, untuk dapat lebih kita perlu beri lebih banyak lagi. ”
😊😊

#MotivasiBisnes
#LenaMujahid
#Powergold
#GoldSaverTeam

Comments

Popular Posts