# Aku Ingin Sekali Menegurmu
Repost....
Saat memandang kain sempit mu,
Seluar ketat mu,
Baju sendat mu,
Tudung singkat mu,
Solat dan ibadahmu.
Aku ingin sekali menegurmu
Namun..
Sering saja terkaku .
Rasa tak mampu .
Kerana merasa diri bukanlah insan yang terbaik untuk menegur .
Jauh di sudut hati terasa bimbang .
Aku bimbang di akhirat kelak .
Kau akan mempersoalkan aku .
' Kau teman aku .
Kenapa kau tak tegur aku dulu ?
Kau memang sengaja nak aku ke neraka kan ?
Kau sengaja nak bahagia masuk syurga sendirian kan ?
Aku kurang ilmu agama .
Tapi kau tinggi ilmu agama .
Mana ajaran agama kau tu ?
Kenapa kau tak guna untuk bantu aku ?
Kau tunggulah di akhirat kelak .
Aku akan tarik kau masuk neraka sebab kau tak tegur aku'
Allahu .
*************************************************
Teman,
Begini lah salah satu cara aku menegurmu . Dengan post kecil ini. Hari ini. Sekurang - kurangnya. Bila aku di soal Dia di akhirat nanti. Tentang apa yang aku lakukan untuk temanku. Aku boleh jawab bahawa.' Aku telah menegur mereka. Dengan post kecil ku ini. Dengan selemah - lemah iman ku . Iaitu mendoakan mereka dari jauh. Kerana aku sayang kamu & engkau saudara seagamaku.
"Alihkan pandangan mata ke arah LAUT, airnya cantik membiru dan penuh dengan ketenangan. Tetapi hanya Allah sahaja yang mengetahui rahsia di dalamnya. Begitu juga dengan kehidupan manusia, riang dan ketawa tetapi hanya Allah yang mengetahui rahsia kehidupan.
Jika rasa kecewa, alihkan pandangan ke arah SUNGAI, airnya tetap mengalir biarpun berjuta batu yang menghalangnya. Dan jika rasa sedih, alihkan pandangan ke arah LANGIT, sedarlah dan sentiasa ingatlah bahawa Allah sentiasa bersamamu"
Comments