# Penggemar Katil
1.14 pm
5 Mac 2016
Nyaring
jam loceng memecahkan suasana bilik yang masih gelap-gulita. Bunyi kokokan ayam
sahut-menyahut mengucap zikir. Dingin pagi mulai menggigit si empunya badan bagai
memanggil-manggil untuk tahajjud. Para malaikat berlumba-lumba mencari sang
hamba yang bangun di sepertiga malam. Mencurahkan 1001 rahmat serta rahsia tersembunyi.
Melebarkan sayapnya hadiah buat sang hamba. Alahai tenangnya.
Namun
kelopak mata masih terpejam rapat seakan tiada ruang untuk bangkit walau
seketika. Terus & terus diselimuti lena hingga ke subuh. Azan berkumandang
menyentuh gegendang telinga. Pantas Khalid bangkit duduk. Terpisat-pisat mata
melawan sisa tidur yang masih menggodanya untuk rebah kembali. Tangan Khalid
pantas menyapu muka usai mengungkap sepotong doa. Terlerai beberapa simpulan
syaitan yang terikat kemas melilitnya. Berat nafas dilepaskan perlahan-lahan
seraya mengungkap istighfar panjang. ‘Ah.. Aku terlepas lagi!’’, bisiknya
menahan geram.
“Wahai
penggemar katil,
Banyaknya
kamu tidur,
Sesungguhnya
selepas kehidupan adalah tidur yang panjang!”
(La
Tahzan Dr. A’idh al-Qarni)
Salahnya
juga membiarkan diri hanyut menyiapkan tugasan pejabat sehingga larut malam.
Sedangkan drawing & kertas kerja tapak binaan projek baru masih
boleh disiapkan keesokan hari. Impaknya, Khalid menjadi makmum masbuk
subuh di masjid apabila tertinggal satu rakaat dari pak imam. Tahajjud, sunat
tahiyatul masjid & solat sunat rawatib apatah lagi. Semua kelaut.. Aduhai,
Khalid yang kini bukan seperti Khalid al-Walid zaman silam.
Banyak
tembok dosa yang memenjara sekeping hati dari mengecap manisnya iman. Lantas tidur
malamnya pulas diteman beban yang terpalit. Sesekali cahaya hidayah memancarkan
sinarnya menerobos ke celahan tembok lalu menyinari sekujur jasad. Sungguh
itulah imannya.
‘Manusia
biasa sepertinya ada pasang surut tersendiri. Sekejap naik, sekejap menurun,’
pujuk Khalid dalam diam.
Begitulah
juga ajaran guru Pendidikan Islamnya hampir sedekad yang lalu. Walaupun dia di
bidang pengajian berbeza, namun memorinya masih segar melewati hari-hari zaman
membesarnya di sekolah lama. Juara sepak takraw itu mengorak langkah baru
ketika mendapat tawaran di dalam kos yang berbeza dari minatnya ketika di alam
universiti.
Pagi
yang gelap kian cerah disimbah sang pawarna. Jendela yang terbuka menjemput
bayu lembut masuk lalu mengibarkan tirai biru laut. Bagi insan yang merancang
dengan teliti carta hidupnya, cuti hujung minggu tetap ada urusan yang mesti
dilangsaikan. Tersengih sendirian Khalid mengingatkan lelucon sahabatnya suatu tika dulu, “Weekend with works a.k.a WWW”. Pesan al-Banna juga, “Tugas lebih banyak dari masa yang ada”.
Temboh
dosa kian retak. Khalid sedar semakin dia meneruskan pembinaan tembok itu tanpa
berusaha meruntuhkannya, semakin terkurung & terperangkap jati dirinya dek
sirna kelam menguasai. Bukankah salah satu peribadi seorang individu muslim itu
mampu melawan hawa nafsunya?


Comments