# Baucer Buku: Nak Tukar Boleh Dop?

Dalam hidup ini banyak persoalan yang datang menjelma. Hurm.. yang penting sejauh mana kita mencari jawapan di setiap persoalan yang timbul. Untungnya, persoalan-persoalan yang melingkar kat otak kita inilah yang akan menjadikan otak lebih cerdas.  Fikir & mencerna maklumat baru.

Kali ini kenalan-kenalanku share tentang BAUCER BUKU. Kadang persoalan ni nampak remeh. Namun penting bagi mereka yang prihatin. Ilmu bukan sekadar di hujung jari, malah bertemu & bertanya pada sang guru @ merujuk pakar-pakar dalam bidang itu. Terbaik arr..

Keep it up!

**************************************************

  Soalan inbox :

Assalamualaikum

Sy ada sikit kekeliruan, hrap ustaz boleh beri jwapan nya. Begini, saya ada dapat baucer buku 1malaysia (kupon) rm250 tp bukan duit. Tp sy x gunakan baucer tu, jd sy nak tukarkan dengan duit, ada kedai buku yg buat pertukaran baucer dngan duit, tp kedai buku ambil baucer tu dngan harga rm200 sedangkan baucer buku tu bernilai rm250. Jd disini dy untung rm50 , dan sy pon redha dngan rugi rm50. Jd, saya nk tahu Sah ke pertukaran /jual beli seperti ni? Adakah dy ada unsur penipuan atau riba?

Jawapan: 

Waalaikumussalam warahmatullahi wa barakatuh.

1- Baucer buku itu diberi dengan amanah kita menggunakannya untuk membeli buku akademik, dan jika sudah habis dibeli buku akademik sebelum ini, gunakanlah ia untuk membeli buku-buku lain yang bermanfaat.

2- Menukar ia dengan duit adalah satu perlanggaran kepada amanah yang diberikan.

3- Menukar ia dengan duit bermaksud kita juga bersubahat dengan peniaga yang menipu. Mereka hanya berhak menukar baucer itu dengan barang jualan mereka, dan mereka claim duit itu daripada kerajaan. Sekarang mereka tidak jual apa-apa kepada saudara. Jadi mereka menipu, dan jika saudara lakukannya, maka saudara bersubahat menipu bersama mereka.

4- Terlalu banyak buku yang boleh dibeli sebagai seorang Muslim. Riadussolihin, Hadis 40, Kitab tafsir dan terjemahan al-Quran, kitab feqh dan banyak lagi bahan bacaan bermanfaat selain daripada buku akademik.

5- Adakah ia riba? Ilmuan kewangan Islam di negara kita ada berbeza pendapat dalam hal ini.

Dr. Zaharuddin Abdul Rahman menyatakan bahawa ia bukan riba. http://zaharuddin.net/senarai-lengkap-artikel/3/1027-bolehkah-jual-baucer-buku-untuk-dapat-tunai.html

Manakala Dr. Azman menyatakan ia adalah riba. Baca di sini --> http://drazman.net/2014/03/hukum-menukar-baucer-buku-dengan-wang-tunai-secara-diskaun/

Kesimpulannya: Jauhilah daripada menukar baucer buku dengan wang kerana ia melanggar amanah dan bersubahat dengan penipuan. Ia jua mempunyai syubhah riba. Belilah buku-buku yang bermanfaat.

Wallahua'lam.

 -ADMIN-
 Page Ustaz Dr Rozaimi - Hadith


**************************************************


Coming soon....

http://kualalumpurbookfair.my/

Pesta Buku 2016 (29 April-9Mei 2016)

Comments

Popular Posts