# Penghujung Semester

Mentari semakin menampakkan wajahnya di dada langit yang redup. Tengahari yang tenang namun tidak mampu menangkis rasa debar kami saat final exam berlangsung. Hari ini baru hari kedua dan masih berbaki beberapa minggu sebelum tamat sepenuhnya semester kali ini.
Aku hanya sempat membaca beberapa coretan di skrin smartphone hadiah dua insan teristimewa sambil-sambil study dan menyiapkan thesis. Sememangnya bukan jenis minat membaca panjang-panjang terutama di whatsapp. Tidak kiralah sharing moments atau tazkirah atau catatan meeting. Teman seorganisasi arif sikapku yang satu ini. Lebih suka perkongsian face to face atau membaca buku berbanding menatap lama 'makhluk' kecil di tangan. Kalau tidak habis semua scroll saja jawabnya. Bertuah!
******************************************************************
"Naskhah Cinta Buat Nusaibah"
Lama kebelek lembaran yang berkulit licin itu. Buku hasil tulisan Dr. Riduan hadiah daripada salah seorang teman rapat di kampus minggu-minggu terakhir bersamanya. Bukan main seronok macam dapat petik bintang di langit saja (bombastik sangat tuh). Almaklum 'hantu buku' jadi tidak mustahillah rasa nak kaut saja buku yang berkenan di hati buat menambah koleksi sedia ada. Untung punya sahabat yang memahami.
Wahai sahabat yang dikasihi..
Ada nukilan istimewa buatmu..
Jika hari ini aku terlalu gembira..
"Sedarkanlah aku dengan amaran dari Yang Esa.."
Jika aku bersedih tanpa kata..
"Pujuklah aku dengan tarbiah Sang Pencipta.."
Jika aku lemah tidak berdaya..
"Ingatkkanlah aku dengan kehebatan Syurga.."
Jika diantara kita ada tembok pemisah..
"Ajaklah aku untuk meleraikan segera.."
Jika pernah hatimu terluka..
"Luahkanlah semua agar aku dapat berubah.."
Jika kekuranganku melebihi kebaikanku..
"Maafkanlah aku"
"Tegurlah aku"
"Aku ingin menjadi sahabatmu di dunia dan juga di akhirat"..
******************************************************************
Kini penghujung semester kian melabuhkan tirainya. Begitu juga tahun 2015m. Rasanya tahun baru masihi 2016 bagai mengintai-intai di jendela. Tahun berganti tahun, Sama seperti minggu berganti minggu. Kalau dulu biasa dengar 'Tidak dinamakan pertemuan jika tiada perpisahan', kini saat itu semakin tiba jua. Tinggal dalam lipatan kenangan & lirihkannya dalam hembusan doa kudus. Biar Dia Ya Hafiz, Ya Quddus, Ya Muhaimin yang menjaga segalanya. Pantas masa yang berlalu bak kata Imam Ghazali dalam teka-tekinya, yang paling jauh adalah masa lalu. Sentap bak hang!
Everything happen for a reason .
Allah itu Maha Al-Hakeem. Dia bijak mengatur permulaan hidup kita
Dan dia bijak mengatur pengakhiran cerita hidup kita .
Live Hell or Live Well
We choose
Sekian,
Penghujung Semester, Penghujung Tahun.
Comments