# Dalam Cerminan Terlihat Diri

=========================== AKU DAN DIRIKU ===========================

Dalam cermin, aku melihat seluruh kebaikkan dalam diriku, sempurna dalam menutup aurat, seluruh tubuhku ditutup litup.. 
Tiada siapa berani datang mendekat... 

Kopiah yang aku pakai, seperti teman karibku... Masjid umpama rumahku kedua.. Semua kebaikkan pasti aku berusaha untuk lakukan.. 

Tapi.. Hairan... Kenapaku tetap tidak mampu merasakan kejujuran dalam solatku, kehangatan dalam tilawahku, keasyikkan dalam zikirku...

Semuanya tak mampu sampai ke lubuk hatiku yang dalam.. Semuanya seperti berpura.. Aku hanya melakukan amal..tetapi aku masih tidak mampu merasakan dengan jiwaku...

Ya Allah.. Kenapakah ini berlaku? Aku bertanya pada diriku..

Mungkin memang aku berada di puncak keimanan, banyak amalanku.. Melihat kemunkaran membuat airmataku jatuh kerana prihatin, namun....

Aku rasa bersyukur sebab bukan aku yang terjerumus dalam lembah dosa itu... Tanpa ku sedar.. Aku memuji diriku sendiri...

Bolehkah seperti itu? Mementingkan diriku sahaja?

Iman yang bagaimana begini?
Bersyukur kerana diri sendiri selamat dari kejahatan?? 

Dosa menjelma pahala, siksa berselimut syurga.. 
Semuanya dusta!

Aku buta dengan diriku, hati sibuk menjaga diri sehingga mengabai sahabat2 ku yang lain...

Mereka terjerumus ke lmbah neraka, aku pula asyik leka mengejar syurga yang masih kabur... 

Rasulullah Sallallahu alai'hi wassalam bersada;
"Tiga macam orang bukan saja tidak akan mendapat layanan dan ampunan pada hari kiamat kelak, bahkan akan mendapat seksa yang pedih, iaitu seorang yang mempunyai kelebihan air di tengah padang pasir, sedangkan ia tidak mahu memberikannya kepada orang yang kehausan...."
(HR MUSLIM)


Aku sedar, langkahku tidak boleh sendiri, aku tidak boleh mementingkan diri... 
Muhasabah diriku sehingga aku mati...

Comments

Popular Posts