# KeranaNYA Aku Begitu Begini


"When I pretend to be strong, 
No one sees my hidden tears except Allah. 
When I'm sad and need a shoulder to cry on, 
No one supports me but Allah. 

Pleasing a human is very difficult, 
Pleasing Allah is the easiest. 
People sometimes punish me for mistakes I have not done, 
Allah ignores and excuses the ones that I did.

This is Allah, The Greatest, 
The Most Almighty, The Most Beneficent, 
The Most Merciful, and all praises belogs to HIM"

********************************************************


Beberapa bulan kebelakangan ini sememangnya jarang aku menarikan jejari di papan kekunci. Bukan senang rupanya sentiasa berterusan menulis dalam kekangan yang ada. Bagai berkejar-kejar dengan masa yang selalu saja aku alpa tentangnya.


Pepatah Arab menyebut, 
'Masa adalah ibarat pedang, jika kita tidak memotongnya , maka ia akan memotong kita.'


Syukur sekali jatuh bangun akademik mendidikku banyak perkara. Kecekalan secebis ini dipasak dengan bantuan insan-insan yang sangat hebat. Apalah sangat yang ada pada diri jika bukan dari yang Maha Bijaksana yang mengaturkannya. Sendu sendawa seorang pelajar belum berhenti pada satu titik kejayaan sahaja. Lagi-lagi di tahun akhir pengajian. Malah jalannya masih panjang & berliku. Harga sebuah ilmu tinggi nilainya & butuhkan 1001 pengorbanan.


"Bila kamu tak tahan lelahnya belajar, maka kamu akan menanggung peritnya kebodohan.” 
- Imam Syafie


Sejujurnya tidak pernah sekali-kali terbayang di benak untuk mendapat 'sesuatu' yang istimewa & penghargaan dalam akademik di kampus. Bukan kerana tidak pernah berjaya, namun rasa yang mencengkam untuk lebih jauh ke hadapan seolah-olah menghalangku untuk melangkah. Siapa sangka DIA perancang yang Maha Teliti. Hadiah berharga terdampar seminggu yang lalu. KeranaNYA aku begitu dan begini. Aku semakin yakin, 'Tolong agamaNYA, DIA akan tolong & teguhkan pendirian kita'. Terus melangkah warisan muallim & jaga iman.


Jangan takut jatuh, 
kerana yang tidak pernah memanjatlah yang tidak pernah jatuh. 
Yang takut gagal, 
kerana yang tidak pernah gagal hanyalah orang-orang yang tidak pernah melangkah. 
Jangan takut salah, 
kerana dengan kesalahan yang pertama kita dapat menambah pengetahuan untuk mencari jalan yang benar pada langkah yang kedua. 
-Hamka

Comments

Popular Posts