# Biar Betul??

:: Dalam Episod Kali Ini Mengenai MENGHAFAL ::

Bila semakin dipanjat usia, beransur-ansurlah munculnya perkara-perkara yang dulunya kita tertawa, seakan tak percaya dengan penjelasan orang-orang tua; "Bila dah sampai umur macam kami ni, kamu taulah nanti!"...

Antara yang semakin terbeban ialah bila nak 'mengingat' atau 'menghafal' sesuatu. Perkara yang dulunya mudah, kini.. memerlukan kerja berganda. Itupun, belum pasti melekat di kepala yang sudah beruban ini. Selepas sebulan dua.. balik macam tanah semak yang tak pernah ditebas.

Tinggallah hafalan waktu muda belia dulu juga sudahnya. Paling menyedihkan bila senikata-senikata zaman pop yeh yeh dulu masih tetap tak hilang-hilang. Segala-galanya menjadi jelas kembali,.. bila seimbas cuma ia menyapa daun telinga.. subhanallah!..

Apa daya, kita ini terdidik oleh lingkungan. Mujurlah bersekolah agama, menghafal menjadi rutin harian.. kalau tidak, entah apa agaknya yang masih berbaki bila usia makin ke penghujung. Barangkali ada benarnya kata-kata Saidina Ali yang kekuatan menghafal itu akan menurun selepas 28 tahun usia seseorang..


Wahai anak-anak!, menghafallah.. jangan malas, jangan nantikan hari-hari tuamu. Di usia tua.. kau hanya mudah memaham, bukan menghafal. Kalau engkau tak mengingati sebanyak-banyaknya diusia mudamu, kau bakal melalui hari-hari tua yang sepi!..

Apa ayat yang kau nak bacakan, nak kau doakan atau zikirkan?.. saat di mana mata telah kabur, telinga pun semakin tuli. Ketika pergerakanmu makin perlahan, elzhiemer mula memamah ingatanmu.. apa yang dapat kau harapkan?.

Tidak benar sama sekali, bahkan jangan percaya yang kamu akan berbekal di hujung usiamu.. kerana bekal sebenar amal taat itu adalah diwaktu puncakmu.. waktu mudamu!. Jangan takut menghafal, jangan malas menggerakkan otakmu.. menghafallah, kau tidak akan rugi.. kerana itulah harta dihari tuamu!

~dipetik dari FB ustazku di Pekan, Pahang~

Comments

Popular Posts