# Aku, Dia & Graduasi

Bismillah..

Kali ini perkongsian mengenai peristiwa kelmarin sempat aku mencuba memakai baju konvo sepupu exroommate. Seronok pula walau sebentar cuma. Namun ada sesuatu yang terdetik di hati tatkala memikirkannya. Sudah cukupkah bakti yang ditabur di bumi kampus ini? Bagaimana dengan tunjuk ajar kepada generasi pelapis di sini untuk meneruskan perjuangan seorang mahasiswa? Apakah layak mendukung gelaran anak murid soleh kepada pensyarahnya? 
Mana tidaknya timbul persoalan demi persoalan kalau asyik memikirkan hendak cepat graduasi aje.
~diam sejenak sambil senyum~




****************

Imam Hasan Basri ditanya tentang rahsia zuhudnya..

Lalu dia menjawab:

"aku tahu rezekiku tidak akan diambil orang lain, kerana itulah hati-ku selalu tenang..."

"aku tahu amal perbuatanku tidak akan dapat ditunaikan orang lain,kerana itulah aku sibuk mengerjakan-nya.."

"aku tahu Allah mengawasiku,kerana itulah aku selalu merasa malu bila dia melihatku dalam keadaan maksiat..."

"aku tahu kematian itu sudah menungguku, kerana itulah aku selalu menambah bekal untuk pertemuanku dengan Allah."

Allah...

*****************

Comments

Popular Posts