# Psss..Bangun Tidur

                                                       


Hendaklah tidur awal agar mudah membuka tiga simpulan syaitan yang menghalang kita dari bangun malam berqiamulail. Bahkan dengan terbukanya tiga simpulan tersebut, kita akan dapat memulakan hari esoknya dengan bersemangat, bermotivasi dan ceria. Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda berkenaan tiga simpulan ini:

يَعْقِدُ الشَّيْطَانُ عَلَى قَافِيَةِ رَأْسِ أَحَدِكُمْ إِذَا هُوَ نَامَ ثَلاَثَ عُقَدٍ يَضْرِبُ كُلَّ عُقْدَةٍ مَكَانَهَا عَلَيْكَ لَيْلٌ طَوِيلٌ فَارْقُدْ.

فَإِنْ اسْتَيْقَظَ فَذَكَرَ اللَّهَ انْحَلَّتْ عُقْدَةٌ. فَإِنْ تَوَضَّأَ انْحَلَّتْ عُقْدَةٌ. فَإِنْ صَلَّى انْحَلَّتْ عُقَدُهُ كُلُّهَا.

فَأَصْبَحَ نَشِيطًا طَيِّبَ النَّفْسِ وَإِلاَّ أَصْبَحَ خَبِيثَ النَّفْسِ كَسْلاَنَ.

Syaitan mengikat di atas kepala seseorang kalian yang tidur dengan tiga simpulan
dan menjadikan setiap simpulan pada tempat yang sepatutnya, lalu berkata:
“Bagi kamu malam yang panjang, tidurlah!”.

Apabila orang itu bangun dan mengingati Allah (membaca doa bangun tidur), terbukalah satu simpulan (pertama, simpulan pada kepala).
Apabila orang itu berwudhu’, terbukalah satu lagi simpulan (kedua, simpulan pada badan).
Apabila orang itu bersolat, terbukalah semua simpulan (ketiga, simpulan pada kaki).
Maka pada pagi harinya diri orang tersebut bersemangat lagi ceria.
Sedangkan jika tidak (semua simpulan masih terikat kerana tidak bangun malam apatah lagi tidak berwudhu & tidak solat)
maka pada pagi harinya diri orang tersebut malas dan murung.

* Akhirnya hari yang di debarkan bakal menjelma jua esok. Dalam kekalutan sedikit ini kucuba sedaya upaya catch up apa yang sempat. Sementara itu, aku tambah terasa sesuatu apabila dihubungi senior seperjuangan yang mana diberi tanggungjawab sebagai AJK Modul pada salah satu program selepas tamat peperiksaan nanti. Ya Rabbi..
Benar, pada diri kita banyak benda yang boleh dituntut. Hak seorang anak, pelajar, sahabat, pimpinan, roommate, housemate, coursemate, adik, kakak, abang dan banyak lagi.Jadi tidak boleh selfish. Kita menilai diri apa yang mampu kita buat, tapi manusia menilai kita apa yang telah kita buat.
Ok, stay calm and study smart.
Wallahua'lam =)

Comments

Popular Posts