# Kereta Merah...

Assalamualaikum & salam perjuangan...
Macam mana study & persatuan di kampus @ di luar?

Dan apabila mereka mempunyai [hampir] menyempurnakan tempoh mereka, sama ada mengekalkan mereka mengikut terma atau sebahagian diterima dengan mereka mengikut terma yang boleh diterima. Dan membawa kepada dua orang saksi yang hanya dari kalangan kamu dan mewujudkan kesaksian untuk [penerimaan daripada] Allah. Yang diarahkan kepada sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat. Dan sesiapa yang bertaqwa - Dia akan mengadakan baginya jalan keluar (2)

Dan memberinya rezeki dari mana dia tidak menjangkakan. Dan sesiapa yang bergantung kepada Allah - maka Dia adalah mencukupi untuk beliau. Sesungguhnya, Allah akan mencapai tujuan-Nya. Allah telah menetapkan untuk semua tahap yang [ditetapkan]. (3)
(AT-TALAQ : 2,3)

Semalam adalah sejarah yang tidak boleh dipinda. Semalam aku belajar sesuatu lagi..
Selepas habis presentantion petang semalam aku tidak terus pulang ke rumah. Sempat aku bersama roommate dan kenalan di dalam kos pergi pusing-pusing untuk tempah makanan. Laparnye. Tapi saat ini belum menunaikan asar lagi. Dok atas jalan lagi saat langit makin bertukar wajah. Tika itu hujan lebat jadi kereta yang dipandu pun perlahan saja. Saat tiba di blok kediaman ada sebuah kereta menghalang di hadapan. Kata kawanku mungkin dia nak parking jadi kami ubah kedudukan kereta. Dalam hujan renyai-renyai aku menghantar kawan-kawanku dahulu sebelum memulangkan kereta. (dalam hati dah rasa debar sikit kenapa kereta tadi? )
Saat tiba di hadapan kediaman kakak empunya kereta, aku sekali lagi dihalang oleh kereta itu buat kesekian kali. Kenapa? Jadi bertambah risau dan bersalah. Akhirnya aku mengundurkan kereta dan parking di kawasan lain bagi mengelakkan bertembung.


Rupa-rupanya itu seniorku..
Rupa-rupanya diorang pula nak pinjam kerete..
Rupa-rupanya nak pergi buka puasa..
Errr..tapi kenapa tahan macam tu. Ya Allah lemah semangatku seketika. Rasa nak bertambah demam pula bila teringat-ingat malamnya. Alhamdulillah sekejap saja. Adoi..aku pun satu. Lain kali tenang dan jangan cepat gelabah. Habis hilang semua idea nak buat apa. Cool and calm. Kata K.As kenangan terindah tuh. terrr =)

*penat asyik tidur lewat sangat malam-malam studi pun jadi pening & kesannya mengantuk sangat bila pagi. semoga dapat ubah pada gaya hidup yang lebih terurus. CAIYOOK !!

Comments

Popular Posts