# Paut Tanganku
Wahai anakku,
Beringatlah lain kali, apabila terdengar seseorang sahabat mempunyai masalah, jangan memandang remeh kerana masalah itu tiada kaitan dengan kamu… Bumi ini bulat dan semuanya berkait dalam satu roda - semua yang Allah inginkan kamu bertemu ada tujuannya termasuklah sahabat yang mempunyai masalah ini.
Bila sahabat datang dengan masalah, bantulah dia setakat mampu – jangan tidak mengendahkannya, mesti ada sebab Allah mengutuskan kamu bertemu dengan sahabat tersebut pada waktu terdesak. Sekurang-kurangnya pun berilah kata-kata semangat.
Demi Allah, berilah bantuan – usah anggap bantuan adalah untuk sahabat, anggaplah bantuan itu sebagai menunaikan amanah yang diberikan Allah untuk mendapat pahala ke akhirat.
Senyum.
….Apabila anda tua, rebutlah setiap peluang untuk bersama rakan-rakan lama, kawan sekolah & rakan sekerja kerna peluang itu akan berkurangan dari semasa ke semasa. Air yang mengalir ke hilir tidak balik ke hulu.
Begitulah dengan kehidupan…
Comments