# Dia Accident?! (Kami Redha Kamu Pergi)



Bismillah..
Aku berkira-kira sama ada ingin mencoret di sini atau menyepi. Jarang sekali kisah begini dikongsi secara terbuka. Hanya kenalan rapat yang tahu. Sungguh, hampir sedekad lebih semua menamatkan zaman sekolah rendah! Namun, ikatan hati inilah yang membawa jalinan kami sehingga ke hari ini. 

Allah. DIAlah yang menyatukan rabitah walau beribu batu kami berjauhan. 

Kerna itu, pemergian lagi seorang dalam kalangan kami sangat mengilukan. Bahkan minggu ini sahaja beberapa kenalan terlibat kemalangan. Seriau rasa. Bayu Darul Makmur menyapa.

******************************************************
Seminggu sebelum...


[2:54PM, 11/20/2015] A: doakan kawan kita selamat ye & cpt sembuh.. amalina rosli
dia accident di rompin berlanggar dgn kereta hilux.. dia bawa myvi.. skang dia kat sana lgi.. belum ditransfer ke kuantan lagi.ak pon dpt maklumat ni dri cousin dia.. yg wssap ak..

[3:11PM, 11/20/2015] Iz: Mak Dia ckp dia still unconscious and banyak tulang patah.. Mohon doa kalian..

[3:53PM, 11/20/2015] C: إنا لله وإنا إليه راجعون

[9:31PM, 11/20/2015] A: err korang.. cousin dia ckp nina.. nina kritikal & pedarahan dalaman.. luka teruk kat dlm..kepala dia teruk..huhu

[9:58PM, 11/20/2015] Iz: Dia di icu HTAA

[8:03AM, 11/21/2015] Iz: Harini darah dia naik
Everything depends on today 
Sebab darah dia cair sgt 
Semalam doktor dah tak berani nak buat 
Tangan kanan kat ade 3 tempat patah 
 Lengan 8pin, Lung problem 
Doakan harini ada progress. Tapi kaki dia respon pagi tadi 

[10:15AM, 11/21/2015] Iz: Nina akan ada next operations untuk other critical parts
[12:12AM, 11/21/2015] Iz: Sekarang tengah operate.. Her percentage to live sangat nipis. Bleeding kepala and paru2 affected

[12:12AM, 11/21/2015] A: semoga dia slmt.. insyaAllah dgn Allah tiada yg mustahil

[10:31PM, 11/21/2015] Iz: Malam ni Nina akan ada operation tebuk kepala utk check blood pressure dlm otak. Kalau tinggi BP, dr akan buka a plate of her skull nak buka space utk otak bengkak. Kalau BP okay, Dia akan continue dgn treatment biasa. Doakan yg terbaik

[10:19PM, 11/23/2015] Iz: Her pressure dlm kepala dah turun pada 16
N insyaAllah tmorrow dr nak reduce dia punya dose ubat supaya dia dpt bangun
[7:46PM, 11/24/2015] Iz: Alhamdulillah hari ni brain pressure Nina dah stabil dan catheter dari otak pun dah dikeluarkan. Pukul 2 tadi doc dah stop administering morphine untuk induced coma Dia sepatutnya akan mula sedarkan diri malam ini atau esok

& hari ini..

[4:44AM, 11/27/2015] Iz: Assalamualaikum..Amalina rosli telah kembali ke rahmatullah baru sekejap. Mohon doakan arwah ditempatkan di kalangan kekasih2Nya

[4:49AM, 11/27/2015] Far: Innalillahiwainnailaihirajiun.. Ya Allah,sedihnya.. Dah lama xjumpa. Dan takkan jumpa dah lepas ni.

[4:52AM, 11/27/2015] R: Innalillahi wainna ilaihi raaji'un. Takpe insyaAllah. Itu y terbaik utk dia. Kalau dia terus hidup dlm keadaan sakit pun, kesian bagi dia. Allah dah atur semua. Kita pulak kene bersedia. Tunggu giliran je.

Moga yang terbaik utk amalina bt Rosli. Sekian lama tak jumpa, tiba2 Allah ambil. Tak sangka.

[8:16AM, 11/27/2015] F: إنا لله وإنا إليه راجعون

[1:03PM, 11/27/2015] H: Akhrnya dia kembali...stlh bbrp kali operation

Al-Fatihah

**********************************************

“Every sunset give us one day less to live but every sunrise give us one day more to hope.... 
Harapan untuk kita terus berbahagia...”


Comments

Popular Posts