#Hukuman Tanda Sayang

**************************************************
🔖 Kenali undang undang jenayah dalam Islam:
- Qisas
- Diyat
- Ta'zir
- Hudud
🔖 Qisas melibatkan 3 kes, iaitu :
- Bunuh dengan sengaja
- Melukakan dengan sengaja
- Mencederakan sehingga hilang anggota (mencacatkan) dengan sengaja
- Bunuh dengan tak sengaja atau seolah olah sengaja
- Cederakan atau cacatkan dengan tak sengaja atau seolah olah sengaja.
- Hukuman-hukuman lain bagi kes kes lain yang ditetapkan oleh pemerintah dalam bentuk mendidik.
- Contohnya saman, ia tidak sesuai dijatuhkan kepada orang yang kaya kerana ia tidak mendidik orang kaya tersebut untuk mengubah sikapnya yang sengaja melanggar lampu isyarat misalannya.
🔖 Hudud pula melibatkan 6 kes :
LIHAT DENGAN MATA HATI, RASA DENGAN MANIS IMAN>>
- Murtad
- Merompak
- Minum arak
- Berzina
- Mencuri
- Tuduh zina (qazaf)
✏ Secara mudahnya, hukuman yang digariskan hanyalah bagi 9 kes sahaja, iaitu mencuri, berzina, minum arak, tuduh zina, merompak, murtad, membunuh, mencacatkan dan melukakan.
✏ Ini sahaja yang wajib dilaksanakan mengikut ketetapan syarak.
✏ Manakala selebihnya seperti langgar lampu isyarat, hack komputer orang, membakar sampah sarap di kawasan terbuka dan lain lain terletak di bawah ta'zir yang mana hukumannya diputuskan oleh pemerintah mengikut kesesuaian dan bertujuan mendidik.
~Hukuman Tanda Sayang, Ibarat IbuBapa Menasihati Anaknya~
Comments