#Saat Itu (Edisi Musim PRK)


Bismillah pembuka kata.. Harap sangat sama-sama jaga kesihatan. Lagi-lagi sekarang musim sakit. Hujung-hujung tahun ini hujan, angin kencang, redup & panas silih berganti. Badan kita pun agak terkesan. Petang tadi sempat ziarah sahabat persatuan di hospital. Nak share suasana ni universiti pun tidak kurang hebat keadaannya. 

  Sementalah musim pilihanraya kampus a.k.a PRK sebulan dua ini. Macam-macam situasi boleh dilihat. Bukankah siasah/politik itu sebahagian dari aspek Islam juga? Yang salah bukan siasah tapi orang yang mentafsirkannya serta yang mewarnai 'dunia' itu. PRK juga adalah sebahagian dari politik.
Oooooo....gitu.

   Dalam kita jadi begitu & jadi begini di universiti, teringat pula pengalaman sepanjang di bangku sekolah dulu. Terimbau bagaimana kita dulu sama ada di bidang kepimpinan, sahsiah diri, kecemerlangan akademik, kecintaan berprogram, beraktiviti lasak, duduk di asrama mahupun langgar disiplin dan sebagainya. Warna-warni yang dicorak ke atas diri kita dahulu selalu saja menjadi inspirasi untuk terus berprestasi unggul bila di luar alam persekolahan. Mampukah kini?

Saat itu,
Pernah aku bercita-cita ingin menjadi kebanggaan universiti. Paling tidak di peringkat fakulti. Bukan cintakan dunia ok. Tapi seorang individu muslim itu hebat sebenarnya. Dunia bagai ladang untuk bercucuk tanam dengan usaha, kejayaan, kebijakan, ke..ke..ke... & sebagainya kerna di akhirat tempat tuai segala hasilnya yang sebenar. Berbalik kepada cita-cita tadi sebenarnya adalah berfokus kepada akademik. 

     Sejarah kecemerlangan yang pernah dicapai dahulu kala menjadi pembakar semangat untuk terus berjaya di alam kampus selari dengan amanah lain yang dipegang. Namun, 'kejatuhan' ketika di semesta ketiga alam kampusku bagai merubah segala yang difikirkan pada awalnya. Sungguh, kita merancang, Allah juga merancang, & DIAlah sebaik-baik perancang. 


Kini diri sudah bangkit kembali mengoptimiskan kembali tujuan & matlamat asal. Kegagalan bukan selamanya. Bila ditarik satu nikmat rupanya DIA hendak beri berjuta lagi nikmat di kemudian hari. Masa untuk kita bantu orang lain pula. Bila di atas ingatlah ada yang bersusah payah untuk naikkan kita dulu & bila kita di bawah ingatlah giliran kita untuk naikkan orang lain pula. Sama-sama rasa.
Saat itu. Alhamdulillah for everything HE did to me.

*****************************************************************
Apa yang kita jaga dengan bersungguh sungguh 
Itulah yang akan Allah uji dan uji 
Uji dan uji.

Maka hamba, redha dan bersyukurlah.

Yang Allah uji itu tandanya Allah sayang.
Yang teruji itu maksud nya sungguh sungguh disayang.

Biarlah jauh sekejap.
Dengan harapan kita mampu saling memperbetul kesilapan.

Sampai satu masa aku hanya mampu melihat.
Sengaja memerhati dari jauh.
Sengaja.
Mencari cermin aku yang ada dalam diri kamu.
Kerana kita cerminan, bukan?

Teruslah tersenyum.
Kita tetap punya Allah untuk sentiasa mendengar, menjaga dan melindungi.
Allah sentiasa ada bersama.
Buat siapa yang mahu bersama Nya.

Senyumlah sahabat.
Senyum.
Kita tetap punya Allah.


Comments

Popular Posts