# Bersua Kembali
Beberapa kali mata ini singgah di alam maya dan blog ini. Buat kesekian kali hati berdetik lamanya tidak menulis. Semenjak syawal lepas banyak perkara berlaku. Alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar dan bahagia. Cuti semesta yang panjang kali ini memang sangat 'termotivasi'. Pelbagai peristiwa juga berlaku memberi pelbagai pengajaran bersama - Tragedi MH17, Isu Selangor, Konvoi Bersama Teman Sekolah Rendah & Menengah, Ziarah Saudara-mara, Walimah Kawan-kawan & macam-macam adoooo...
Kini,
Sudah dua minggu sesi kuliahku bermula dan tiba masanya bertugas di kampus pula. Kena tinggal syoknya cuti. Rehat sekali-sekala,tetap kena ingat kerja dan belajar kita masih banyak berbaki ye.
Selamat berjuang semua.
Selamat bersua kembali di arena ini.
فَإِذَا عَزَمْتَ فَتَوَكَّلْ عَلَى اللَّهِ
Then, when thou hast Taken a decision put thy trust in Allah.
Kemudian apabila kamu telah membulatkan tekad, maka bertawakkallah kepada Allah
*********************************************************
Terkenang sebuah memori lalu
Kisah persahabatan kita bersama
Di dalam satu pengajian
Menuntut ilmu dan pengalaman
Mengingatkanku pengorbananmu
Terpahat padu di kalbuku
Bersama rakan taulan dan guru
Tawa riangmu menghiburkan hatiku
Indahnya suasana ketika itu
Terjalin ukhuwah sejati
Nasihatmu sungguh bermakna bagiku
Mengenalkanku erti kehidupan
Susah payah kita hadapi bersama
Itulah asam garam dalam kehidupan
Ya Tuhanku tabahkan hatinya
Kuatkan semangatnya untuk menghadapi hidup
Limpahkanlah maghfirah dan kasih sayang-Mu
Agar hidupnya sejahtera di dunia akhirat
Video Nasyid Nostalgia Versi Chipmunk :
http://www.youtube.com/watch?v=tJADHO2Qepo
Comments