# Kembara Ramadhan Kareem..
بُنِيَ الإِسْلاَمُ عَلَى خَمْسٍ شَهَادَةِ أَنْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ وَأَنَّ مُحَمَّدًا رَسُولُ اللَّهِ ، وَإِقَامِ الصَّلاَةِ ، وَإِيتَاءِ الزَّكَاةِ ، وَالْحَجِّ ، وَصَوْمِ رَمَضَانَ
“Islam dibangun di atas lima (perkara): Syahadat Lâ Ilâha Illallâh wa Anna Muhammadan ‘Abduhu wa Rasûluhu, mendirikan shalat, mengeluarkan zakat, berhaji ke Rumah Allah, dan berpuasa Ramadhan.”
Menghitung detik dari sehari ke sehari. Bulan mulia sudah muncul rupanya. Alhamdulillah kini sudah masuk hari kelima bulan Ramadhan. Mulianya ramadhan kerana besarnya hikmah di dalamnya. Namun kita bukan hamba ramadhan. Masa ramadhan tiba kita beramal & mengecap manisnya iman. Selepas ramadhan kita pun mesti terus istiqamah. Kerna kita hamba Allah.

Kali ini aku berkesempatan ziarah ke beberapa rumah sahabat handai. Sambil menyelam minum air. Tidak teringatkah keluarga? Bukan begitu. Malah jika diizinkan ingin sahaja terbang kala terimbau kampung halaman. Puas ditahan perasaan yang satu ini. Moga ia satu ibadah, berkorban sebentar. Insya-Allah beberapa hari lagi akan pulang ke pangkuan. Izinkan aku selesaikan tugasan berbaki. Urmmmm...

Syukur dapat berkunjung ke rumah sahabat yang seorang ini bersama beberapa rakan yang lain. Luqman Al-Hakim pernah berkata, antara perkara yang kita nak kenal seseorang itu adalah melalui 4 perkara salah satunya adalah mengembara bersama dengannya. Betul sungguh! Dari situ aku belajar banyak perkara dari mereka. Semakin taaruf, tafahum & takaful terrrr.. Tak kenal maka tak taaruf.
Terima kasih untuk kembara awal bulan Ramadhan 1435H ini.
Jumpa lagi di dimensi berbeza, di dalam tempat yang sama.
Syukran untuk semua.
Thanks for everything.
Gomao unnie.
Sarangheyo.
Wassalam.
Jumpa lagi di dimensi berbeza, di dalam tempat yang sama.
Syukran untuk semua.
Thanks for everything.
Gomao unnie.
Sarangheyo.
Wassalam.
******************************************************
~Luas perjalanan, luas pemandangan, luas pengalaman, luas ibrah~
# Akrab dengan Allah, Rapat sesama insan #
“Ummatku selalu dalam kebaikan selagi mensegerakan berbuka dan mengakhirkan (melambatkan) sahur” (HR Ahmad)
Comments