# Perjalanan Yang Panjang
Masa kian pantas berlalu. Rasanya semacam baru masuk minggu pertama kuliah. Rupanya sudah menginjak minggu ke-5. Semakin menghampiri cuti pertengahan semesta. Tugasan juga kian bertambah dari hari ke hari. Tipsnya mudah sahaja. Lakukan segera & usah bertangguh !!
Perjalanan masih jauh & panjang. Antara sesi kuliah yang menarik semesta kali ini adalah kelas Komunikasi Mandarin. Syukur sangat ada kawan yang bersungguh-sungguh ajakku untuk add subjek yang unik ini. Sementalah kami memang minat bahasa moden & bahasa arab. Apa tunggu lagi, sementara masih ada peluang rebut dengan sesungguhnya. Ilmu itu kan luas.
Semakin lama belajar semakin banyak nak tahu. Lau shi pun sangat menyokong usaha kami untuk belajar bahasa salah sebuah bangsa di negara Malaysia ini. Bersungguh dia mengajar dengan pelbagai cara - berdiri di hadapan, bertutur seorang demi seorang & macam-macam lagi. Berdebar pun ada. Heeee..
学习普通话是正确的乐趣
***********************************************
Kini tinggal beberapa minggu sebelum penghujung semesta & amanah yang mesti diselesaikan pada masa. Check list dan susun atur sebaiknya. Perjalanan yang panjang. Mohon doa dari semua juga.
"Kadang HATI merintih derita,
JIWA menangis sedih,
AKAL mengeluh letih..
Namun,
Hakikat kehidupan tidak akan berubah,
Yang perlu diubah adalah DIRI yang menghadapinya.
HATI memilih jalan,
AKAL memulakan langkah,
& IMAN meluruskan arah,
Moga redha Allah MATLAMATnya"
Comments