# Kala Usia Remaja.. Segalanya Mungkin..
||Bismillah||
Hati bagai direnggut kasar. Tersentap mendengar khabar. Isu murtad yang kembali diperhangatkan di media. Gara-gara isu di salah sebuah page di Facebook. Allah.. Mereka pernah sesaudara & seagama. Benarlah hidayah itu milikMU Ya Rabbi. Seusia remaja punah kerana aqidah. Moga sama-sama pelihara diri & keluarga deh. Hidayah itu ada & sudah lama sampai. Tinggal kita saja untuk mencari & mengambilnya.
Seloka Buat Seangkatanku....
Remaja,
Lihatlah di sekeliling mu,
Apakah yang sedang berlaku?
Sebelum bertindak fikir dahulu,
Jauhi sikap terburu-buru.
Kau mencuba bila kau mahu,
Kau merasa sebaik kau hidu,
Jangan terjerat kehendak nafsu,
Menelan sahaja apa yang baru.
Remaja,
Perhatikan gelagat setiap rakan,
Dengan siapa kita berkawan?
Andai bisa dibuat teman,
Dia yang suka hiburan atau amalan?
Kau mencari yang seakan-akan,
Kau memilih mana yang sepadan,
Jangan ikuti sebarang ajakan,
Terjebak perkara yang bukan-bukan.
Remaja,
Tanyalah pada naluri jiwa mu,
Siapa kau cinta? Siapa kau rindu?
Adakah dia seorang ratu?
Adakah Dia Allah Yang Satu?
Cinta pertama kepada keluarga,
Cinta utama kepada agama,
Maruah diri perlu dijaga,
Barulah hidup selalu bahagia.
Remaja,
Kenali idola pujaan hati mu,
Penyanyi India pelakon Melayu?
Yang baik-baik patut ditiru,
Yang buruk-buruk jangan dilaku.
Bukan kerana tubuh menarik,
Bukan kerana wajah yang cantik,
Abang, kakak dan adik-adik,
Rasulullah SAW ikutan terbaik.
special thanks to : http://mhmdrshwn.blogspot.com/2012/09/seloka-remaja.html
Comments