# Secangkir Ingatan
|| Bismillah ||
Dalam kesibukan menghadapi assignment, project, meeting, club, program & juga...prk yang bakal menjelma ada masa rasa lemah. Macam mana nih? Saat itu juga memori melayang ke zaman sekolah. Almaklumlah menginjak zaman remaja kita bersama kengkawan yang 'nakal' & ceria. Berperang dengan peperiksaan pun sempat ketawa lagi. Bila terkenang kenangan yang pahit pun boleh jadi semani madu. Serius rindunya!!!!! Tidak kisahlah masa di sekolah rendah, menengah mahupun STAM. Semua mentarbiah diri dari segenap aspek. Huiiiiiii.. Di manakah sahabat handai yang lain agaknya? Menempuh zaman yang penuh fatamorgana ini masing-masing bawa kisah tersendiri. Melakar suka, duka, sendu, ketawa & perjalanan hidup yang berbeza - memilih antara kebaikan @pun kebatilan. Semua terletak pada diri.
There is a gift that gold cannot buy
and a blessing that's rare and true,
It is the gift of a wonderful friend
like the friend that I have in you.

#GambarSekitarTamanIlmuku..
Akhir sekali kuhadiahkan bingkisan ini buat semua.
Ayuh bangkit dari jatuh & bangun dari lena,
Tika lupa & lemah saling ingat-mengingati,
Kerana kita manusia biasa,
Yang membezakan hanyalah TAQWA,
Yang mana ia adalah sebaik-baik pakaian..
Comments