# Penat Yang Terubat
Bismillah..
Malam ini rasa lelah. Penatnya bagai lain dari yang biasa sebelum ini. Hendak dikatakan kelas penuh tidak pula. Malah minggu ini banyak kelas yang tiada. Cuma pensyarah memberi tugasan khas untuk disiapkan. Terasa biarlah cepat tiba saatnya untuk pulang beraya sempena Aidil Adha ini. Namun masih banyak tugasan yang mesti diselesaikan sebelum balik termasuklah urusan rumah. Almaklumlah semesta ini belajar berdikari untuk duduk sebagai penghuni luar kolej. Natijahnya, makin laju Sang Otak ini untuk berfikir & membuat sesuatu pilihan selain dari hanya tertumpu pada akademik. Apa yang terasa letih sangat nie erk?
Tapi..
Apabila melihat sahabat-sahabiah yang lain tiba-tiba terdetik sesuatu. Diri ini tidaklah seteruk mana pun. Ada lagi yang lebih sibuk & penat daripada kita. Ada lagi yang sendu & sukar di sana. Sebab itu tika melihat wajah mereka yang masih mampu ketawa apabila bersua menyebabkan momentum semangat motivasi meningkat semula. Terima kasih Tuhan kerna menghadirkan mereka mewarnai kanvas hidup yang fana ini. Engkau bagai kelopak mawar yang harum mewangi di galeri ukhwah ini. Begitulah penat yang terubat.
CAIYYOOK!!!!!!!!!!!
Comments