# Jihad Ilmu
Assalamualaikum..
Bertemu kembali sahabat-sahabiah :)
Tinggal beberapa hari lagi sebelum Rejab menjelma.
Musim genting,
Sungguh tengah 'berperang' dengan assignment berbaki terutama kerja kumpulan & juga beberapa tugasan baru dari persatuan. Moga dapat kuatkan hati terus maju. Biar pening juga kadangkala namun kaki mesti jua melangkah. Berhenti sejenak cuma untuk susun semua tentatif diri (amboi macam tentatif prog pula) & ambil semangat yang hilang sebentar. Benar, hidup ibarat roda. Jika di bawah kulihat insan yang di atas, jika di atas kulihat insan di bawah. Sekadar untuk sedar dari mana kita.
Allahu Rabbi,
Final exam bakal menyusul dalam awal Jun. Jadi 'seriau' juga memikirkannya. Sedangkan jadual & slip sudah di depan mata, namun setakat manalah ilmu di dada ini. Rasanya masih bertimbun belum dihadam lumat. Sementalah semesta kali ini banyak sungguh guna otak sebelah kiri. Seronok tapi kata ummi aku berat otak sebelah kanan. Hmmmm..jalan terbaik tingkatkan D.U.I.T - doa, usaha, ikhtiar, tawakal. Tautkan diri pada Ilahi dan rapatkan serta jaga hubungan sesama insan tau. Exam..oh exam..
Comments