# Maaf, Bukan Niatku Mengabaikanmu
Termangu.
Apa yang sedang berlaku di hadapan mataku sekarang? Kenapa seraut wajah kedua-duanya tampak tegang.
"Untunglah awak dapat tinggal sebumbung dengan dia.. Dia baik, cerdik dan warak. Pandai masak lagi..! ''
Apa yang sedang berlaku di hadapan mataku sekarang? Kenapa seraut wajah kedua-duanya tampak tegang.
****************
"Untunglah awak dapat tinggal sebumbung dengan dia.. Dia baik, cerdik dan warak. Pandai masak lagi..! ''
"Erk.. Sebenarnya dia kawan yang paling tak berhati perut yang saya pernah jumpa dalam dunia!"
"Woi.. Apa ni?? Jangan senang-senang nak menuduh dan melabel orang.. Awak pun kenal kan dia macamana."
"Sebab saya kenal lah saya cakap. Dia memang baik. Kediaman kami sentiasa bersih dan tip-top. Dia selalu tegur saya kalau saya buat kerja rumah sambil lewa. Masakan dia kalah ketua chef hotel lima bintang di Perancis. Dia juga memang bijak. Selalu jadi rujukan semua. Sentiasa pula melekat dengan buku.."
"Dah tu? Apa masalah??"
"Awak.. Dia sangat menjaga dunia saya, tapi dia langsung tak prihatin dengan akhirat saya!"
"Apa maksud awak?"
"Dia selalu solat di awal waktu tapi dia jarang ajak saya join dia. Kalau saya terlajak tidur, dia hanya akan benar-benar kejutkan saya lima minit sebelum waktu solat nak habis. Dia selalu bangun malam,berQiamulail tapi saya dia biarkan sahaja berdengkur di bawah selimut tebal. Dia juga selalu bangun awal pagi untuk masak makanan sahur tapi dia jadikan makanan sahur itu sebagai sarapan saya, bukan untuk bersahur bersamanya. Dia seorang hafizah. Tapi dia langsung tak pernah dorong saya untuk berdamping dengan Al-quran macamnya."
Hening seketika menyelaputi suasana. Tersembunyi desah nafas berat di dada. Ada sesuatu yang belum tersingkap sepenuhnya kala itu. Ada perhitungan yang belum selesai lagi antara keduanya. Apakah?
"Dia selalu dengar ceramah di YouTube dan membaca bukuII agama tapi dia jarang nak berkongsi ilmu yang dia dapat dengan saya. Dia kuat dan rajin pergi pengisian & program, tapi saya tak pernah tahu pun apa input yang dia dapat di sana. Dia seorang yang berpakaian labuh tapi saya dia biarkan berpakaian ala kadar tanpa pernah menerangkan pada saya yang mana boleh, yang mana tak boleh."

Dia sibuk mengejar syurganya, tapi saya dia biarkan terkontang-kanting melepaskan lelah kebingungan di tengah jalan?
Awak fikir..Apakah ini semua baik untuk saya?
Dia istiqomah mengislahkan diri dalam keadaan saya dia biarkan tenat bertarung dengan jahiliyyah?
Awak fikir..Apakah ini semua baik untuk saya tatkala dia sangat menjaga dunia saya tapi menghalai-balaikan akhirat saya!?"
"Erk. Saya tak tahu. Saya tak pernah diuji dengan situasi dan dilema macam awak ni.. Tak apa.. Mohon awak tabah dan tembak doa banyakII ya. Nasihatlah dia baik-baik sebab dia pelajar yang pernah belajar agama. Tentu dia lebih arif."
"Boleh... Tapi saya belum mampu. Dia dan saya jauh beza. Bagai Matahari dengan Bulan. Bagai Utarid dengan Bumi! Dia pelajar berpengetahuan agama, saya budak biasa-biasa"
"Allah.. maaf. Saya tak tahu nak membantu macamana. Tak sangka dia begitu. Benarlah apa yang saya pernah dengar, Dalam dunia ni, ramai yang baik dan mampu menjadi pelari utama di trek kebaikan...tapi tak ramai yang bermurah hati untuk mengajak orang di sekelilingnya menyertai larian fasbiqul khairatnya itu..!"
****************
Mungkinkah itu juga aku?
Maaf,
Andai itu sikapku padamu.
Sungguh,
Bukan niatku mengabaikan & menjauhimu,
Kau juga teman yang aku sayang,
Walau tidak terluah secara nyata.
Dikau tahu sahabat bererti
Kau aku saling mencintai,
Semata kerna ilahi
Bukan untuk selain dariNya.
Andai tersasarku jauhi,
Dari perjalanan ini,
Janganlah kau putus-asa,
Menegurku bimbingku teman!
Andai ku bersalah,
Dan andai ku tersasar,
Jujur padaku,
Would you still love me the same?
-TheFaithPersahabatanku-
Comments