# 'Mujse Doste Karoge?'

There are silences inside you,
That you have yet to explore,
There are things inside you,
That are still fighting a war.

Some day will be unkind,
Some days you will want to forget,
But stay for those days,
That are worth more than all the rest.

Be easy on your soul,
It needs softness,
It needs time,
It needs patience.

-Poem Heal-


Hangat hot chocolate latte mengalir perlahan di kerongkong. Bilahan kipas yang berpusing di dinding seakan sapaan hembusan halus. Timbunan buku rujukan akademik yang menyelerakkan hujung meja bulat ditengah-tengah laman dibiarkan. Bayu malam sesekali menyapa jendela merah hati yang masih terbuka. Bunyi cengkerik di parit galak sahut-menyahut. Mungkin melagukan bait kalam Al-Mulk saat insan kian lupa kalam mukjizat itu sebelum terlena. 

         Deretan rumah jiran kebanyakannya sudah gulita tanpa kilauan cahaya. Namun, sepasang mata masih ralit meniti satu-persatu helaian diribaannya. Bahan yang dipinjam dari perpustakaan tempat pengajian diteliti baris ke baris. Berjimba dengan buku membuatkan dia leka di dalam dunianya sendiri. Cetakan berkulit tebal yang hampir menyamai sebuah dokumentari berjilid itu menyimpan catatan wasiat daripada empat tokoh imam di era peradaban bangsa muslim suatu masa lalu. 

       Semakin ditelaah, semakin terasa cetek mindanya. Apatah lagi ingin menghadam fakta-fakta baru sebelum diterjemahkan ke lampiran kerja kursus. Setiap bait-bait terjemahan sang penulis membawa seribu satu pengajaran & peringatan. Sel neuron aktif berhubung mencerna maklumat berkaitan. Anehnya dadanya terasa cukup lapang walaupun otaknya semakin tepu diasak pelbagai teori & analisis baru.

      Acap kali merasa janggal dan teruja berhadapan fenomena hidupnya kini. Seakan roda ini berputar kembali keindahan ingatan serta jiwanya pada biah persekolahan menengah tinggi di tingkatan enam lalu. Selepas itu dunia tugasan & permainannya berubah 180 darjah apabila mulai dikelilingi dengan kerja-kerja bersandarkan teknologi - Laptop, telefon pintar, desktop, makmal, perisian-perisian, coding & sewaktu dengannya. Hari-harinya sungguh tidak lengkap tanpa menghadap robot-robot itu. Sejak dari itu semakin kurang ditemani calitan highlight, timbunan bahan cetakan, kapur, marker dan paling ketara adalah keramaian manusia. 

   Berhadapan dengan ‘makhluk’ tidak bernyawa menjadikannya semakin menyendiri kala berhadapan saat-saat kritikal setiap kali tiba hujung semester. Projek sana, projek sini. Namun, minat yang mendorong menyertai aktiviti luar sedikit sebanyak menghilangkan tekanan belajar. Rupanya dunia kampus bukan sekadar di kolej kediaman mahupun bilik kuliah & makmal semata, malah lebih banyak memori tercipta di luarnya. 

    Syukur kini segalanya tercipta sejarah & memori baru. Keep Moving!


I can think about loyalty,
I can think about love,
I can think about perfection.
But when I think about those things,
I always praises think all of
YOU, guys.

Alhamdulillah,
So rare and true,
That’s gold can’t buy.


Mujse Dosti Karoge?

Comments

Popular Posts