# Setialah Sahabat

27 Disember 2016 | 6.18 pm

Album lama di belek lagi. Angin petang menyampaikan bisikan ‘miss them’Amilin membiarkan telefon pintarnya offline semenjak beberapa hari lalu. Ibarat masuk gua sebentar sebelum muncul semula satu masa nanti. Sinar wajah kenalan di foto menyapa selaput pandangan.

Musik latar video lama yang dipasang menambahkan syahdu. Entah sejak bila mereka mula mencuri tempat di sudut pemikirannya. Sedar-sedar ingatannya saja yang akan melayang mengingati dalam bait doa mahupun kala mendengar berita baru tentang mereka. Misteri sungguh.

Bersendirian kadang mengembalikan Amilin pada memori lama. Menyelongkar lembaran manis pahit perjuangan kala menempuh zaman belajar. Dulu.. dulu.. pantang berjumpa ada saja lidah yang saling bertingkah. Ada sahaja cerita yang saling bertukar episodnya. Ada sahaja kerenah yang mencuit mahupun menyentap rasa. Terjalin ikatan tanpa sedar. Ukhwah kun fayakun mungkin.

 
Sirah memaparkan betapa di sebalik kejayaan Baginda tercinta di medan dakwah juga ada sosok sahabat yang setia saling menyokong. Hadir mereka bawa cahaya saat Baginda genting menanggung bebanan. Titisan air mata & tawa mereka jadi saksi jatuh bangun Baginda. Walau telah tiada, setianya mereka seakan masih segar terasa. Masakan tidak andai sentiasa di sebut-sebut saat membaca cetakan tanpa suara atau mendengar penceramah berbicara. Ikatan mereka bukan pada materialistik, paras rupa, darjat bahkan ia tersimpul kemas pada iman semata.

Setianya Saidina Ali yang tidak gentar menggantikan tempat tidur baginda tika hendak di serang musuh.

Setianya Abu Bakar memangku Nabi sehingga tidak berganjak hatta disengat kala jengking di lubang yang ditutupi oleh tubuhnya

Setianya Umar Al-Khattab sehingga hampir tidak mampu memerima hakikat pemergian Baginda buat selamanya dari dunia fana.

Setianya Uwais Al-Qarni mengingati & mengetahui tentang Baginda walau tidak pernah bertemu mata.

Mampukah aku sesetia itu?

            Sesekali pakaian di ampaian luar bergerak-gerak ditiup angin petang. Anak mata dilarikan ke luar jendela. Langit mulai menunjukkan tanda-tanda ingin bertukar mood. Pantas kaki menuruni anak tangga rumah separuh papan separuh batu itu. Amilin membuka langkahnya seribu. Berderai sudah tumpuan ke arah album lama di folder laptop Vivonya. Keep moving!

“I’ve learned that things can change,
People change,
And it doesn’t mean you forget the past,
Or try to cover it up.
It simply means that you move on,
And treasure the memories.
Letting go doesn’t mean giving up.
It means accepting that some things,
Weren’t meant to be….”


            Kalam rabithah mula terlafaz perlahan di pinggir bibir. Planner 2017 dicapai kembali. Amilin mula menyambung niat asal yang tergendala seketika lalu. Kalendar yang tersangkut di dinding putih gading sekilas di toleh. Membawa kembali ke realiti. Tahun baru masihi yang bakal menjelma beberapa hari lagi turut menyimpan 1001 rahsia tersendiri. Ada debar baru terselit jua.

"Your dream doesn't have an expired date, until...."

Jika kamu telah bertekad kuat, maka bertawakallah kepada Allah, 
Sesungguhnya Allah mencintai orang-orang yang bertawakal. 
QS. Al Imran : 159

P/s: Yang sebenarnya…. Terimbau kenangan dulu.

Comments

Popular Posts