# Masaku Bukan Milikku

Sometimes I can’t see
Where I’m supposed to go
Sometimes I speed up,
When I should take it slow
But through all my hard times
When I lose my way
You’re concealing my mistakes.

A.L.L.A.H

************************************************************


Langit senja menginjak gelap. Hujan di luar Surau An-Nur tiada tanda-tanda hendak berhenti. Hati mulai berlagu resah. Mata Rayyan terpaku ke luar jendela bagai membilang titisan hujan yang menitik lebat. Dia terperangkap.

"Allah.. laptopku masih di kedai. Bagaimana ni? Hujan..."

Ada timbunan tugasan kelab & akademik menanti di sebalik robot tidak bernyawa itu. Tempahan grafik & montage juga masih belum di siapkan gara-gara 'kuda perang'nya di serang virus maya kelmarin. Entah tulisan china mana muncul di paparan skrinnya. Sementara menanti laptopnya dibaiki Rayyan memanjangkan langkah ke perpustakaan. Sekadar membelek satu dua jurnal berkaitan kauseling & psikologi. Juga entah sejak bila muncul minatnya terhadap ilmu yang satu itu.
"Fardhu kifayah. Antara ilmu penting yang mesti dimiliki." teriang pesan guru pembimbingnya di dalam suatu diskusi khas.

Dikerling jam di tangan yang menunjukkan angka 7.00 malam. Motor sportnya elok tersadai di tepi surau. Sempat dia meredah hujan melarikan diri ke bangunan coklat itu. Bunyi beeb di papan elektronik menandakan masuk waktu maghrib. Rayyan diam tidak berkutik sedikit pun dari duduknya. Lencun seluar slack blue blacknya tidak dipeduli.

"Kedai tutup pukul 7. Ahhh.. sempatkah aku ambil laptop. Malam ini perlu sambung kerja tertangguh. Allah.."
Rintihnya dalam redha yang disulam. Bukankah di setiap kejadian ada 1001 hikmah terselindung? Suara muazzin membawa Rayyan ke realiti semula lantas di gagahkan diri menyahut seruan itu. Semenjak balik dari praktikal, jarang sekali dia berjemaah di surau yang dahulunya dicat hijau. Sekilas terencana potensi dakwah yang boleh dilebarkan ke sini. Benar daie itu suatu tugasan mulia walau tidak dijanjikan karpet merah. Sama seperti Al-Amin.


Even though I can't see your face
Your presence is always all around me
Your name's on my mind every single day
Peace be upon you

Muhammad

"Andai mereka mengerti peluang ini..,"
 
"Allahuakbar..."

Takbir di angkat lantas menuntaskan fokus pada Rukun Islam kedua itu. Selaku rijal yang dilatih, Rayyan dengan senang hati menerima pelawaan mereka untuk dia menjadi imam kala itu. 27 lipatan ganjaran dijanjikan-NYA. Tenang bait-bait kalam suci yang diselit taranum menusuk sanubari hamba Tuhan. Hampir sahaja dia tenggelam dalam rindunya pada biah yang kian suram kini. Biah Solehah. Harapan yang bersemi pada generasi seimannya tadi disimpan kemas.

************************************************************

We can't have rainbow without a little rain,
Can't feel the hapiness without a little pain.

Hangat demam mulai menyerang sikit demi sikit. Lemah & bisa terasa sendi-sendi mudanya. Usai subuh berjemaah Rayyan merebahkan kembali tubuhnya ke katil bujang. Terpejam rapat matanya menahan pedih di kepala ditambah berselang perit yang singgah di tekak. Entah kerana meredah hujan kelmarin atau kerna beban yang terpikul saban hari. Teringat sirah Baginda pernah jatuh sakit & berkelubung selepas mendapat wahyu pertama. Cuma untuk seketika.

" Ya Shafii, Ya Baits.. Ya Qawiyy.. teguhkan kami di lelahnya waktu sepanjang perjalanan singkat ini.'"

Jika dahulu teori feqh awlawiyat & muazzanat adalah teori di dalam perbincangan ilmiah di kuliah, kini praktikal & thaqafahnya pula teruji. Antara tugasan & amanah yang tergalas dipundak. Antara urusan ramai & peribadi yang mendatang. Antara akademik & kerjaya yang mengiringi. Antara cita & cinta yang tiba. Semua menuntut kefahaman untuk diuruskan.

"Iya benar semua.", akui hati kecil Rayyan.

Sungguh, masanya bukan miliknya!

I know it’s hard but believe and keep trying
And it will be okay
‘Cause in your heart is the strength to survive it
You will be okay
And in no time like the sun you’ll be shining
Just let it go away.

Rayyan mengembur semangat untuk bangkit jua. Biarlah dilawan jua pedih yang terasa. Sakit yang diharapkan dapat menghapus dosa kecilnya yang bagaikan pepasir pantai. Mungkin peluangnya hanya untuk kali ini. Mungkin. Mujahadah. Sapaan shabahal khair daripada sahabat soulmate a.k.a imanmatenya menghadirkan lagi kekuatan Rayyan untuk melalui hari ini. Terbina ukhwah dari jiwa rabitah. Amin.
Now raise your hands
And let’s be thankful to Allah
True love!
Let’s forgive each other with all our hearts
True love!
I never knew it would feel so good
Just being true to myself and true to You

"اللهم يا مقلب القلوب، ثبت قلوبنا علی دينك و علی طاعتك"

************************************************************


Sabtu  | 19 Safar 1438 | 11.18pm
TintaFatayat
p/s: tercetus karya di sebalik kalut urusan seharian 
& sepinya laman ini tanpa catatan baru. 
Masaku MilikNYA.

Comments

Popular Posts