# 'Escapism' Lagi
Imam Syafie berpesan...
"Jika engkau punyai teman yang selalu membantumu dalam rangka ketaatan kepada Allah,
Maka peganglah dia erat-erat dan jangan sesekali kau lepaskannya.
Kerana mencari peneman baik itu susah.
Tetapi melepaskannya sangat mudah sekali."
![]() |
~Masam-manis perkenalan ibarat rasa makanan. Lagikan lidah sendiri tergigit~ |
****************************************************************************
"Jom keluar sama petang ni"
"Maaf ada urusan"
"Ada apa-apa petang esok?"
"Setakat ni tak ada"
"Bolehlah petang esok"
"Nak pergi mana"
"Kami ikut saja"
"Ok, insya-Allah jom"
Begitu lebih kurang dialog kelmarin. Keluar buat kali 'terakhir' sebelum semua membawa diri ke destinasi masing-masing. Semuanya dirancang oleh kenalan. Alhamdulillah escapism lagi nampaknya. Padahal tengah fatrah kritikal sekarang. Awal tahun tapi akhir semester. Tahu-tahu sahaja poketnya macam mana. Hidup segan, mati tak mahu saja lagaknya (macam kurang tepat saja, maaf ye pakar bahasa). Cuma kali ini kembaranya untuk saling lebih mengenali. Tadabbur alam lah katakan. Habis sampai hendak tersesat jalan kami dibuatnya. Apa lagi navigation menjadi mangsanya.
Kereta terus membelah lebuhraya utama KL itu. Tawa kami kadang meletus berselang-seli beberapa pengisian rohani sepanjang perjalanan. Sesekali seriau menerjah rasa tatkala bertembung kenderaan yang lebih 'sado'. Rasa melayang saja kereta mini. Tahu pun ingat mati saat-saat genting seumpama itu. Erk!
Lahir satu tarikh tidak dapat dipinta.
Mati satu tarikh tidak dapat ditunda.
-kopi pasta
****************************************************************************
![]() |
http://www.lubukemasmurah.com/fatayatgolden |
Kini langkah terus diatur padu. Mulakan bisnes pula setelah lama menyepi. Keep moving pesan guruku. Mohon tembakkan doa kejayaan bersama. Bila lambat dan belum dapat apa yang diinginkan, doakanlah untuk orang lain juga. Apa yang kita bagi itu yang DIA janji kita akan dapat semula. Cuma masanya sekarang atau akan datang. Tugas kita masih banyak, panjang lorongnya, terselit 1001 mehnah & liku ranjaunya. Infiru!
Cintailah orang-orang yang shalih kemudian,
Sebisa mungkin berkumpullah dengan mereka lalu kalau sudah berkumpul,
Sedikit demi sedikit,
Tirulah mereka.
Comments