# Hablumminallah.. Hablumminannas..

Assignment bakal menyusul..


   Semesta baru telah bermula dua minggu lepas (17/2/2013). Syukur bertaut mata & bertemu insan di bumi pendidik ini. Bezanya cuma berjumpa senior semesta 8 & taklifan diri semakin bertambah. Tekadku kini akademik & aktiviti kelab atau luar seimbang keduanya. Ini bermakna bermulalah kuliah, test, assignment, presentation & lain-lain berkaitan.
   Aku mengambil masa untuk mencoret sebelum 'ibadah senyap'. Rugi rasa tidak berkongsi. Sedikit pun berbaloi asal kita dapat bertukar-tukar pandangan serta pengalaman. Baik jadi teladan, buruk jadi sempadan. Sahabatku pernah mengirimkan satu kata-kata daripada salah seorang tokoh yang berbunyi :
" Wahai saudaraku,
kamu tidak akan mendapat ilmu yang cukup dan matang kecuali dengan 6 perkara..
Kecerdikan, azam yang tinggi, kesungguhan, bermusafir, rapat dengan guru dan panjang masa belajar "


ILMU     -     IMAN     -     AMAL     -     KONGSI


*Terkenang wajah ratu (ummi) & raja (abi) hati kala ini di rumah. Besarnya jasa, pengorbanan serta kasih sayang yang dicurahkan. Bagai menatang minyak yang penuh. Owh..apa yang orang di rumah tengah buat sekarang??
 

Comments